20130516

Asma Afthantu Nisa

Malam sebelum semua berakhir. Dia pesan,
" Maii, habis paper terus datang surau, jumpa saya disana."
Aku hanya angguk. Mata tertumpu pada kertas-kertas yang bersepah atas meja, cuma telinga mengambil kesah setiap bait yang dikata. Aku syak dia juga buat benda yang sama. Aku sendiri kagum dengan kekuatan dia. Idea-idea yang dia pakai. Idea yang segar-bugar.

Malam terakhir ini aku cuba lenakan mata dengan tenang. Selalunya aku tertidur dipojokan kerusi, dibawah meja, tetapi untuk nikmati hari terakhir aku tempatkan diri aku di atas tilam empuk. Sedikit keras. Mungkin akibat jarang manusia menghempaskan diri ke atasnya. Mungkin.

Kebelakangan ini, semasa kami berdiskusi santai sambil nikmati milo panas dan roti kering di waktu petang, hal-hal kahwin, suami, solehah sering di bangkitkan. Mungkin normal untuk kami-kami yang sedang meningkat dewasa. Kalau ada orang-orang tua, comfirm di cop miang. Mereka kan di antara orang-orang yang makan garam terlampau banyak. Mulut terlalu masin sehingga mampu memakbulkan setiap yang dibicara.

Lama aku berkhayal, di akhirnya aku tertidur juga.

Aku akan rindu kau, Asma.

No comments:

Post a Comment