20141028

Aku gagal untuk meletak judul lagi.

Langit kelihatan sungguh sugul sekali. Mendungnya bukan selalu. Dengan segerombolan askar awan gebu kelabu yang cuba-cuba mendominasi jumantera jingga, cukup membuat manusia gerun berlari-lari kecil, menutup bahagian kepala, mencari kawasan teduh. Tiba satu masa, awan pun menghempaskan kantung isi-nya dengan kelajuan deras tanpa sedikitpun menghiraukan doa-doa segelintir manusia, supaya "Jangan hujan di sini!".

Hujan terus turun dan mengertak aku supaya berkalih dari tempat berdiri, Aku degil. Aku terus terpacak sendiri. Biarkan-lah. Biar tempias hujan berdikit-dikit menggigit daging hati. Biar hati hilang dimamah air liur bakteria jahat. Apabila sudah hilang, mudahlah. Berlawan dengan aku yang tiada hati (heartless).

Aku betul-betul berada di lapangan perang. Cuaca sejuk, samar-samar dan berpasir. Aku sendiri. Tanpa ada satupun kelengkapan perang. Dan di seberang sana ada barisan raksasa dari pihak lawan. Disusun dengan teratur; tentera berpanah. tentera berkuda. tentera berkaki, dan kau namakan sahajalah sendiri jenis tentara yang kau minati. Mengibarkan panji-panji kebesaran. Sambil memerbangkan lolongan suara gerun, cukup untuk menampar aku (tanpa radas) terjelopok, berputar kaki, menahan sakit. 

Dan aku sendiri tidak pasti. Untuk apakah peperangan ini?

No comments:

Post a Comment