20140929

Fasa Sayur Hijau (Kitaran Hidup)

Ada banyak perkara yang dahulunya saya membenci, kemudian perlahan-lahan menggemari(nya). Paling ketara adalah kehadiran sayur hijau yang mula memenuhi ruang pinggan makan. Saya menjadi kaget dan tertanya-tanya; adakah ini hint menyatakan bahwa saya sedang berdikit-dikit menjadi dewasa?

Kerana semasa kecil; definisi sayur bagi saya; hanya dimakan oleh orang dewasa. Saya sanggup mengambil masa yang lama untuk mengasingkan tauge dan daun bawang dari mihun goreng disekitar pinggan. Saya benci nasi goreng sekolah tadika yang penuh dengan lobak dadu, jagung dan kacang hijau.

Hari ini; aktiviti pengasingkan sayur dari makanan adalah perkara leceh dan lembap menyebabkan saya mengambil keputusan terus masuk kedalam mulut. Kerana tujuan utama makan adalah untuk hentikan rasa lapar.

Lama kelamaan dalam sadar saya menggemarinya.

***

Saya mula faham dengan kitaran ini. Jika suatu hari nanti saya menggemari periuk belanga -- mungkin saya tahu saya di fasa yang mana.

20140922

Another Trash

Mainkan baris-baris not secara rawak dan biar ia terbang menjadi kepulan musik enak. Sedang dia; cuba-cuba mencari anak mata saya; yang sekian lama tersorok dalam adunan kopi panas atau mungkin di setiap lapisan kek keju.

"Mata ni jarang menipu Maii. Tapi aku tak tahu la kalau mata kau (menipu)."

Tiada apa yang perlu dikesalkan untuk 20 tahun yang telah berlalu kerana ia (kekesalan) tidak mampu mewujudkan orang mati secara konkrit. Dalam durasi masa ini juga kau perlu sadar; berdengus kasar bukan jalan terakhir. Merungut adalah pekara memenatkan dan buntu. Malah, air mata bukan lagi radas utama untuk penuhi kepentingan diri.

Berjeda. Panjang. "At the end, kau cuma ada diri sendiri."

Atau mungkin memang mata saya sedang menipu.