20140829

Kiblat Kematian

Diakhirnya, saya terpaksa akui bahawa saya sedang berdikit-dikit mereput dijamah bakteria jahat. Tubuh saya terkunci di dalam tidur. Sehingga saya merasakan bahwa qarin sedang berunding dengan sesuatu. Dia pernah muncul dalam bentuk cahaya. Dan selalunya berwarna hitam. Berhalusinasi. (Berulang-ulang hari)

Saya menjadi kaget. "Adakah hari ini hari kematian saya?"

Saya mula memikirkan tentang pakaian-pakaian yang bertimbun; memanggil-manggil untuk dilipat. Tentang almari reput. Tentang perkakas-perkakas kegemaran berterabur. Tentang buku-buku lusuh.

Barang-barang ini perlu dihapuskan. Saya perlu pergi dengan aman.

Saya tidak mahu abah dan along berbongkok; mengemas dosa saya.

//July.

4 comments:

  1. Jadi aku pun kena selalu kemas rumah, siapkan kerja kat ofis, sentiasa cuci pinggan, pastikan kereta/moto parking kat car wash.

    ...pun tak tau, mungkin pagi ni atau entah bila.

    ReplyDelete
  2. the whole entri,simple.kau tengah berkhayal dan bilik kau bersepah.but aku suka the way kau deliver your story dalam bentuk yang menarik dibaca dan perlu tajam meneka apa yang kau cuba sampaikan.maaf kalau salah.

    ReplyDelete