20140817

Belasungkawa

Perpisahan dalam bentuk apa sekali pun, relatif apa sekali pun, sebab apa sekali pun; sedikit sebanyak memberi kesan dalam rutin harian kau.

Misalnya pemergian seseorang yang mempunyai relatif kuat dalam darah daging kau. Atau kematian ayam serama yang kau manja-manjakan dengan panggilan Ujang semasa umur 8 tahun. Atau majlis perpisahan cikgu kesayangan kau. Atau buat kali pertama berpisah dengan keluarga lebih daripada 3 hari pada umur 18 tahun.

Atau..

Berpisah.. (I'm speechless)

Lekas seka peluh mata.
Lekas-lekas hilangkan sedu suara.

---

//Fatimah-Indonesia.

3 comments:

  1. perpisahan adalah ketakutan yang tidak pasti.sentiasa mengintip dari bermacam sudut dan sedia memetik beberapa titis air mata,ketika melodi perpisahan bermain-main dalam kepala.namun,perpisahan jua guru yang mengajar kita jadi lebih kuat.

    ReplyDelete
  2. Bertemu dah berpisah adat manusia biasa..hilang di mata tapi di hati tidak lupa..mari nyanyi sama2..bertemu dan lalalalala

    ReplyDelete
  3. setiap pertemuan akan ada perpisahan. Lumrah hidup.

    ReplyDelete