20140829

Kiblat Kematian

Diakhirnya, saya terpaksa akui bahawa saya sedang berdikit-dikit mereput dijamah bakteria jahat. Tubuh saya terkunci di dalam tidur. Sehingga saya merasakan bahwa qarin sedang berunding dengan sesuatu. Dia pernah muncul dalam bentuk cahaya. Dan selalunya berwarna hitam. Berhalusinasi. (Berulang-ulang hari)

Saya menjadi kaget. "Adakah hari ini hari kematian saya?"

Saya mula memikirkan tentang pakaian-pakaian yang bertimbun; memanggil-manggil untuk dilipat. Tentang almari reput. Tentang perkakas-perkakas kegemaran berterabur. Tentang buku-buku lusuh.

Barang-barang ini perlu dihapuskan. Saya perlu pergi dengan aman.

Saya tidak mahu abah dan along berbongkok; mengemas dosa saya.

//July.

20140817

Belasungkawa

Perpisahan dalam bentuk apa sekali pun, relatif apa sekali pun, sebab apa sekali pun; sedikit sebanyak memberi kesan dalam rutin harian kau.

Misalnya pemergian seseorang yang mempunyai relatif kuat dalam darah daging kau. Atau kematian ayam serama yang kau manja-manjakan dengan panggilan Ujang semasa umur 8 tahun. Atau majlis perpisahan cikgu kesayangan kau. Atau buat kali pertama berpisah dengan keluarga lebih daripada 3 hari pada umur 18 tahun.

Atau..

Berpisah.. (I'm speechless)

Lekas seka peluh mata.
Lekas-lekas hilangkan sedu suara.

---

//Fatimah-Indonesia.