20140530

Hogart dan Boneka Rusia Guido

Di dataran kusyen, Pusanika.
Jika saya seorang ahli sihir, saya mahu Hogart muncul tiap kali lembaran buku ini dibuka. Di dataran kusyen merah. Di ruang penuh jurnal tingkat 3 (kawan saya kata ruang ini di bawah tanah. dia penipu). Mahupun di perjalanan pulang ke kolej (bermodalkan bas).

Saya membayangkan jika Hogart classmate saya pada tahun 2005 pasti buku ini dicampak ke luar kelas sambil diselang-selikan bebelan cikgu dek kerana buku ini hanya mempunyai satu perenggan sahaja. Ya satu perenggan sahaja dari muka 1 hingga 130. Dialog tanpa pembuka dan penutup kata. Dan... ia hanya di minda Hogart sahaja.

Saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada pencuri yang bertukar menjadi agar-agar hijau selepas mencuri boneka guido Hogart? Namun, apabila babak baru muncul iaitu perbualan Chiril Gibran dengan Tunku Abdul Rahman mengenai teori premis, ia lebih mengujakan! Chairil Gibran merupankan kawan Hogart (nenek beliau menjahit baju untuk Mahathir.)

Jika saya memandang laut itu sekadar air masin, saya yakin dan pasti, saya tidak ada jumpa keindahan dan keseronokan memahami (dari perspektif lain) tiap satu ayat dalam buku ini. Pada pandangan saya, buku ini penuh dengan rahsia yang saya sendiri perlu membongkarnya. Dan ia merupakan satu kejayaan besar apabila saya mampu mentafsirnya.

Link: review buku

2 comments: