20140530

Hogart dan Boneka Rusia Guido

Di dataran kusyen, Pusanika.
Jika saya seorang ahli sihir, saya mahu Hogart muncul tiap kali lembaran buku ini dibuka. Di dataran kusyen merah. Di ruang penuh jurnal tingkat 3 (kawan saya kata ruang ini di bawah tanah. dia penipu). Mahupun di perjalanan pulang ke kolej (bermodalkan bas).

Saya membayangkan jika Hogart classmate saya pada tahun 2005 pasti buku ini dicampak ke luar kelas sambil diselang-selikan bebelan cikgu dek kerana buku ini hanya mempunyai satu perenggan sahaja. Ya satu perenggan sahaja dari muka 1 hingga 130. Dialog tanpa pembuka dan penutup kata. Dan... ia hanya di minda Hogart sahaja.

Saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada pencuri yang bertukar menjadi agar-agar hijau selepas mencuri boneka guido Hogart? Namun, apabila babak baru muncul iaitu perbualan Chiril Gibran dengan Tunku Abdul Rahman mengenai teori premis, ia lebih mengujakan! Chairil Gibran merupankan kawan Hogart (nenek beliau menjahit baju untuk Mahathir.)

Jika saya memandang laut itu sekadar air masin, saya yakin dan pasti, saya tidak ada jumpa keindahan dan keseronokan memahami (dari perspektif lain) tiap satu ayat dalam buku ini. Pada pandangan saya, buku ini penuh dengan rahsia yang saya sendiri perlu membongkarnya. Dan ia merupakan satu kejayaan besar apabila saya mampu mentafsirnya.

Link: review buku

20140525

Criticize

Mengkritik dianggap sesuatu yang kotor, dosa dan jijik. Lebih-lebih lagi apabila mengkritik orang atas yang telah terletak pada dahi mereka 'manusia suci, haram dikritik'.

Sebagai minda kelas pertama, jiwa intelektual, mengkritik secara membabi-buta dengan menggunakan wacana kasar (tanpa sebarang pembacaan dan ilmu yang setara) adalah pekara mengundang sial. Yang lebih sial adalah menutup akaun sosial tanpa eviden menyelamatkan diri sehingga mereka liar membuat spekulasi.

Menjadi pengkritik, jika durasi sesuatu video adalah 25minit. Maka perlu diperinci tanpa meninggalkan satu minit pun!

Selepas minit ke-26, berbahagia-lah menjadi pengkritik.

Menjadi pengkritik seharusnya berani.

Apabila diminta tampil kehadapan. Tetap kuat pendiri.

Maka sebelum mengkritik perlu difikirkan dua tiga kali.

Atau lebih simpati, jangan mengkritik.

(Cuma kalau tidak dikritik, suatu kuasa itu akan terus membabi.)


20140524

Hold on, dear Self.

Saya tidak pasti bagaimana yang lain menghabiskan hari-hari mereka sebelum minggu ulangkaji bermula. Kalau saya, kebanyakkannya adalah bertapa di ruang penuh buku (bersama dua tiga orang lagi rakan), menghadap komputer riba dan dibawah pengaruh kaffien.

Apabila jumantera jingga menjelang, pulang ke kolej dan memesan lauk-lauk super-duper-pedas bagi hilangkan sedikit rasa gusar pada ketidaksiapan kerja yang perlu di submit by this week.

Malahan sedang mereka dipeluk gaun-gaun anggun meleret ke tanah, menghadiri majlis bergemelapan. Saya masih berbungkus pakaian yang dari pagi tidak bertukar. Dan memasang harapan agar malam ini merupakan malam terakhir saya menongkat mata ke pagi buta.

Namun seperti kebanyakkan hari, harapan ini hanya menjadi rutin harapan tidak dimakbul. Walaubagaimana-pun, saya merasakan bahwa saya benar-benar hidup pada minggu ini..

(Catatan Orang ***** ****)
22/05/2014

20140520

Reminiscent

Kau cuba berimaginasi mengenai keberadaan kau di ruang kecil; Ruang terhad penuh rak dan susunan buku kegemaran pelbagai saiz. Sedang kepala kipas angin benar-benar tertumpu pada kau.

Pada waktu itu kau cuma mahu menongkat mata, berbagi masa menelan buku-buku yang lama kau simpan tetapi masih tidak dibuka.

Dan kau sentiasa berharap, kau punya waktu untuk melukis kembali menggunakan warna dan berus yang semakin mengeras beku setelah sekian lama tidak diguna.

(Rindu kamu, Pustaka Mini)
Kau, Itu aku.

20140514

Aku, Dia

Dia di antara orang-orang yang berada di dalam bulatan.
Dan dia juga di antara orang-orang yang bergoyang sakan.

Dia, Aku

20140510

Taksub

Terlalu taksub zahir rasa di ruang maya,
Kelak bakal tertusuk ke dalam jiwa-tiada-nama.
(melalui penulisan kita).

Kadang-kala ada pekara perlu di rahsia.
--Kerana berahsia itu satu seni luar biasa.
Terjun ke dalamnya dan hayati dengan lapang dada.