20140425

Perihal Dunia

"Ada perihal dunia (dan kita sebagai anggotanya) tidak mahu sesuatu itu berlaku." Namun ia tetap berlaku. Misalnya dalam konteks kehilangan seseorang yang punya relatif kuat dalam darah. Atau membilang usia menjadi tua dan menunggu gugur daun nama.

"Ada perihal dunia yang 'isi'nya sendiri cuba menterjemahkan sesuatu." Seperti perpindahan semut-semut kecil yang mula berkerja keras mengumpul makanan untuk suatu jangka masa yang panjang. Atau bilangan nyamuk yang semakin mendominasi ruang malam, berpesta dengan manisan darah penderma.

Dan,

"Ada perihal dunia yang tangan sendiri boleh mengubah (dengan Izin-Nya)." Misalnya carikan benang pada kain. Samada biarkan benang tersebut menganggu dan terus merosak. Atau membaikinya dan pulih.

Selamat Memilih.

4 comments:

  1. Hidup selalunya perlu memilih. Lumrah.

    ReplyDelete
  2. M..aku kat pusat akuatik s.alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhagi. Aku lagi di bangi. Berhimpun dengan esaimen esaimen yang hampir tarikh luput. Haaaa

      Delete
  3. masa muda, masa yang berapi-api - bang rhoma

    ReplyDelete