20140410

Kanvas Memori dan Matahari

Jumantara jingga menghias bentangan atap dunia. Siulan lembut dari peti suara John Vesely teman rasa. Rel-rel keretapi gocah berlaga dengan derasnya. Cahaya matahari mencelah masuk melalui ruang udara.

Dan aku?
Masih terperuk dalam keadaan lama.

Meminggir, Menyendiri menghadap Buku Kerat. "Buku untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri."- Batu Ketiga Dari Matahari.

Antara buku yang aku sayang. Tiap malam aku pegang. Layar mimpi bersama. Kerana dia Matahari. Itu sahaja. Ya. Matahari. Aku cinta Matahari. Dan lebih-lebih lagi Pencipta-Nya. iaitu Yang menciptakan aku. AllahuRabbi.

Jadi Ada Apa dengan cahaya Matahari?
Terik panasnya sahaja lebih daripada menguji.

"Kalau betul cinta pada Matahari. Matahari berputar atau tidak?"-Fatimah.

*Senyum.

3 comments:

  1. Berputar. Suruh yassin ada sebut fasal bumi dan matahari beredar pada paksinya. Kan? :)

    ReplyDelete
  2. Matahari. Aku pun suka. Dan aku pun suka buku tu, tapi tak ditakdirkan buku itu ta dapat dimiliki. Ahaa

    ReplyDelete