20140427

Jelmaan: Powerbee & Raksasa Zetton

Aku rindu Powerbee. Sejak dia Mati di tangan Raksasa Zetton, tamatkan cerita, aku lupa cara melukis dia. Hari ini aku buka semula buku imaginasi aku; rentetan cerita Powerbee masa kecil sehingga dia mati. Repost:

Powerbee bee bee bee.  Skecth,time: In middle Night!
Bab Terakhir: Pengakhiran.

" Jahanam kau raksasa Zetton!"

Powerbee berdiri dihujung dahan pokok sambil menekan dada. Sayap putihnya hampir putus akibat terkena panahan api dari mulot Raksasa Zetton. Raksasa Zetton pula berdiri megah di satu sudut. Muka hodohnya diangkat angkuh. Tanda kemenangan bakal menjadi miliknya.

" Hahahahahahahaha! Kau akan kalah Powerbee haktuih! "

" Aku heroin! Heroin akan menang diakhirnya! "

" Engkau pasti? "

" Memang begitu kan dalam setiap plot cerita, heroin menang ! Kau nak lawan takdir? "

" Ahh, di zaman Milenium ni apa-apa boleh berlaku. Akhir zaman. Aku mandikan saja tuan director dengan wang bawah meja. Tentu dia setuju untuk menangkan aku. "

" Kurang ajar! Dasar Raksasa Zetton Khufarat! "

" Hahahahahahaha! Lagi pun zaman sekarang manusia terlalu mahukan perubahan. Zaman gulingkan benda yang mereka rasa perlukan perubahan! Lebih-lebih lagi dengan adanya pengecip dan muka buku. Lebih pantas tersebar propaganda yang aku bawa. Sudah tentu-tentu pengaruh aku kuat disitu! Lupakan lah hasrat kau itu Powerbee. Dunia kini bukan untuk homosapien baik-baik macam kau! "

" Arghhhh! Engkau tamak Zetton! Kau tidak berha .... "

Se zas api keluar dari mulot Zetton sebelum sempat Powerbee ingin menasihatkannya. Terbakar kering Powerbee.

Ahh, memang begitukan selalunya? Matikan seseorang itu tanpa dengar penjelasannya? Pikir Zetton sambil berlalu pergi. Dunia sekarang untuk orang-orang kejam sepertinya.

Engkau kejam, engkau akan dapat kuasa, harta, pangkat dan sebagainya.

Oleh kerana qoutes yang Zetton jumpa dalam goodreads ini lah,
(semasa buat riview buku) bikin Zetton penasaran mahukan dunia !

R.I.P Powerbee.

4 comments:

  1. Huuu. Dasyat imaginasi kau! Aku suka! :D

    ReplyDelete
  2. RIP...
    rupanya powerbee ada anak yang dia tak pernah tau, lalu 25 tahun kemudian anak tu balas dendam kat cucu zeton. pasal masa tu zeton pun dah duduk rumah orang tua. semua empayar kekuasaan zeton, cucu dia dah sebat abis. hahahaa!

    sambung la cerita ni... heroin kan nyawa dia liat sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kau punya cerita ni selepas semua nama penaja naik. Orang da keluar pawagam ala ala cerita american captain.

      Delete