20140427

Jelmaan: Powerbee & Raksasa Zetton

Aku rindu Powerbee. Sejak dia Mati di tangan Raksasa Zetton, tamatkan cerita, aku lupa cara melukis dia. Hari ini aku buka semula buku imaginasi aku; rentetan cerita Powerbee masa kecil sehingga dia mati. Repost:

Powerbee bee bee bee.  Skecth,time: In middle Night!
Bab Terakhir: Pengakhiran.

" Jahanam kau raksasa Zetton!"

Powerbee berdiri dihujung dahan pokok sambil menekan dada. Sayap putihnya hampir putus akibat terkena panahan api dari mulot Raksasa Zetton. Raksasa Zetton pula berdiri megah di satu sudut. Muka hodohnya diangkat angkuh. Tanda kemenangan bakal menjadi miliknya.

" Hahahahahahahaha! Kau akan kalah Powerbee haktuih! "

" Aku heroin! Heroin akan menang diakhirnya! "

" Engkau pasti? "

" Memang begitu kan dalam setiap plot cerita, heroin menang ! Kau nak lawan takdir? "

" Ahh, di zaman Milenium ni apa-apa boleh berlaku. Akhir zaman. Aku mandikan saja tuan director dengan wang bawah meja. Tentu dia setuju untuk menangkan aku. "

" Kurang ajar! Dasar Raksasa Zetton Khufarat! "

" Hahahahahahaha! Lagi pun zaman sekarang manusia terlalu mahukan perubahan. Zaman gulingkan benda yang mereka rasa perlukan perubahan! Lebih-lebih lagi dengan adanya pengecip dan muka buku. Lebih pantas tersebar propaganda yang aku bawa. Sudah tentu-tentu pengaruh aku kuat disitu! Lupakan lah hasrat kau itu Powerbee. Dunia kini bukan untuk homosapien baik-baik macam kau! "

" Arghhhh! Engkau tamak Zetton! Kau tidak berha .... "

Se zas api keluar dari mulot Zetton sebelum sempat Powerbee ingin menasihatkannya. Terbakar kering Powerbee.

Ahh, memang begitukan selalunya? Matikan seseorang itu tanpa dengar penjelasannya? Pikir Zetton sambil berlalu pergi. Dunia sekarang untuk orang-orang kejam sepertinya.

Engkau kejam, engkau akan dapat kuasa, harta, pangkat dan sebagainya.

Oleh kerana qoutes yang Zetton jumpa dalam goodreads ini lah,
(semasa buat riview buku) bikin Zetton penasaran mahukan dunia !

R.I.P Powerbee.

20140425

Perihal Dunia

"Ada perihal dunia (dan kita sebagai anggotanya) tidak mahu sesuatu itu berlaku." Namun ia tetap berlaku. Misalnya dalam konteks kehilangan seseorang yang punya relatif kuat dalam darah. Atau membilang usia menjadi tua dan menunggu gugur daun nama.

"Ada perihal dunia yang 'isi'nya sendiri cuba menterjemahkan sesuatu." Seperti perpindahan semut-semut kecil yang mula berkerja keras mengumpul makanan untuk suatu jangka masa yang panjang. Atau bilangan nyamuk yang semakin mendominasi ruang malam, berpesta dengan manisan darah penderma.

Dan,

"Ada perihal dunia yang tangan sendiri boleh mengubah (dengan Izin-Nya)." Misalnya carikan benang pada kain. Samada biarkan benang tersebut menganggu dan terus merosak. Atau membaikinya dan pulih.

Selamat Memilih.

20140412

Bacul

"Berkhayal dengan menelan pil-pil perangsang cinta duniawi."

Corong pekikan Daron Malakian penuh berkumpul dalam deria telinga. Goncangan drum milik Domingo Laranio ditempatkan dalam mood repeat. Pada waktu itu aku rasa musik ini adalah genre terbaik untuk menelan masalah personal. Masalah yang diada-adakan. Sehingga aku lupa untuk menadah. Malah sering berkelahi dengan nasib di dunia.

Jelas dan terang. Aku salah.

20140410

Kanvas Memori dan Matahari

Jumantara jingga menghias bentangan atap dunia. Siulan lembut dari peti suara John Vesely teman rasa. Rel-rel keretapi gocah berlaga dengan derasnya. Cahaya matahari mencelah masuk melalui ruang udara.

Dan aku?
Masih terperuk dalam keadaan lama.

Meminggir, Menyendiri menghadap Buku Kerat. "Buku untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri."- Batu Ketiga Dari Matahari.

Antara buku yang aku sayang. Tiap malam aku pegang. Layar mimpi bersama. Kerana dia Matahari. Itu sahaja. Ya. Matahari. Aku cinta Matahari. Dan lebih-lebih lagi Pencipta-Nya. iaitu Yang menciptakan aku. AllahuRabbi.

Jadi Ada Apa dengan cahaya Matahari?
Terik panasnya sahaja lebih daripada menguji.

"Kalau betul cinta pada Matahari. Matahari berputar atau tidak?"-Fatimah.

*Senyum.

20140409

Musik Nyaman, Teh Enak dan Persahabatan

Rooftop. Bala's Place. Malacca. 6/April/2014
Aku menghabiskan jam-jam terakhir di sini. Yang pasti ia akan memberi makna kerana dalam simpanan aku cuma ada beberapa kepingan gambar kabur. Rakaman suara puisi kita pada malam hari. Dan lukisan-lukisan tidak siap.

Musik alam teman aku. Anjing-anjing yang menyalak. Burung yang bernyanyi riang. Tukangan pak pendiri bangunan. Serta deruman mesin membasuh pakaian. Tenang. Seperti persahabatan kita.

Aku jatuh cinta dengan Persahabatan.

"Macam mana kalau satu hari kita jumpa ramai-ramai. Persahabatan ini kita bawa ke realiti. Suatu manisan yang agak menggiurkan."-@_rebennn

20140404

April, Buku Kerat dan Percutian Bebas

Setelah mengaplikasikan google translate, baru aku tahu independent holiday itu percutian bebas. Tak kesahlah apa nama sekali pun kerana; April telah dipilih, Buku Skets baru (juga di google translate daripada perkataan skecthbook) masih ada tanda harga. Pensil tekan kesayangan. Buku puisi rawak. Buku Kerat. Dan pakaian lusuh telah diatur.

Maka berangkatlah aku ke tempat asing bersendirian. Bismillah.