20140212

Bebel

Bagi aku seni itu adalah cabang keghairahan yang mana hanya kau seorang sahaja boleh nikmatinya. Aku mengagumi setiap satu deria yang dipinjamkan oleh Tuhan kerana seni tanpa deria; pincanglah dunia. Subhanallah.

Jadi aku rumuskan gunung itu suatu seni. Lingkaran kayu dan akar yang menjalar bebas dibentuk secara semulajadi. Kehidupan lain yang menghuni hutan secara keseluruhan. Nilai kesabaran, kekuatan, disiplin, keberanian. Muzik pengiring yang tenang. Dan lebih menarik adalah mitos. Pantang larang.

Okey cukup. Titik.

Jadi cuti aku berbaki empat hari sebelum sem baru bermula. Aku berharap aku lebih tabah menikmati tekanan. Waktu makan yang teratur. Bilik yang kemas sepanjang masa. Haha! -.- Kbai.

Gunung Panti, Johor.

6 comments:

  1. Pergh.... kau pergi Johor lak. Suka ya kau dengan alam flora n fauna ni. Sep!

    ReplyDelete
  2. sedih...
    nikmat hidup aku yang begini dulu sudah di tarik secara perlahan lahan.entah bila lagi akan punya peluang untuk mengulangnya lagi.

    ReplyDelete
  3. ohya, hutan simpan gunung panti ni pernah terkenal dengan bigfoot sedikit masa dulu. pada masa yang sama, masa tu aku pernah masuk hutan yang sama. tak jumpa apa2 kesan selain laluan gajah dan kubang babi hutan.

    sekarang ni ada nampak apa2 apa tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nampak pacat je ada. kau tahu cerita disebaliknya dak?

      Delete
  4. Aktiviti kau yg ni sebenarnya inspirasi kepada cuti produktif aku.

    ReplyDelete