20140226

Bebel 2.0

Dalam simpanan aku yang tinggal, hanya satu baldi yang aku kira cukup untuk wuduk dan bersihkan diri. Paling lama ia mampu bertahan adalah dua hari. Itupun jikalau tiada tangan ghaib yang menggunakannya. Aku faham. Kalau dia terdesak nak beristinjak. Gunalah. Bismillah dulu.

"Moga hati-hati kami terus teguh."

20140212

Bebel

Bagi aku seni itu adalah cabang keghairahan yang mana hanya kau seorang sahaja boleh nikmatinya. Aku mengagumi setiap satu deria yang dipinjamkan oleh Tuhan kerana seni tanpa deria; pincanglah dunia. Subhanallah.

Jadi aku rumuskan gunung itu suatu seni. Lingkaran kayu dan akar yang menjalar bebas dibentuk secara semulajadi. Kehidupan lain yang menghuni hutan secara keseluruhan. Nilai kesabaran, kekuatan, disiplin, keberanian. Muzik pengiring yang tenang. Dan lebih menarik adalah mitos. Pantang larang.

Okey cukup. Titik.

Jadi cuti aku berbaki empat hari sebelum sem baru bermula. Aku berharap aku lebih tabah menikmati tekanan. Waktu makan yang teratur. Bilik yang kemas sepanjang masa. Haha! -.- Kbai.

Gunung Panti, Johor.

20140205

Tiwesdæg

Lewat petang. Aku masih berada jauh dari pandangan keluarga. Duduk. Membelakangkan cahaya matahari. Aku yakin posisi ini kelihatan lebih romantis dengan berlatar-belakangkan bunyi rel-rel keretapi yang berlaga.

Mencatat sesuatu di atas kertas; mengenai perkara yang semulajadi. Catatan karut ini ada nilai sentimentalnya tersendiri tahu. Lebih-lebih lagi jika kau seorang penghidap anterograde amnesia (baca:pelupa). Nanti bila kau buka semula helaian kertas ini kau akan dapati tersenyum kecil. Percayalah.

*senyum.

"Berseorangan itu bukan malapetaka. Malah ia adalah nikmat."-catatan ringkas petang selasa.

20140203

Tanah indah (ii)

Aku jenis manusia yang mahukan sesuatu; kena tulis atas kertas. Dan tampal. Jadi bila kau masuk ke ruang kamar tidurku, penuh tampalan-tampalan kertas yang rata-rata adalah perjanjian dengan diri sendiri. Dia selalu bisang. "Sampah apa yang kau lekat ni ? Dinding dah macam kap-lam-ya-nga dah".

Senyum. Sampah ini motivasi bro.