20141125

You can't find the words anymore.

"Kau kena belajar melepaskan."
Seperti mana aku melepaskan url blog lama.

Dengan Nama Tuhan,
aku menulis perihal perjalanan.

20141028

Aku gagal untuk meletak judul lagi.

Langit kelihatan sungguh sugul sekali. Mendungnya bukan selalu. Dengan segerombolan askar awan gebu kelabu yang cuba-cuba mendominasi jumantera jingga, cukup membuat manusia gerun berlari-lari kecil, menutup bahagian kepala, mencari kawasan teduh. Tiba satu masa, awan pun menghempaskan kantung isi-nya dengan kelajuan deras tanpa sedikitpun menghiraukan doa-doa segelintir manusia, supaya "Jangan hujan di sini!".

Hujan terus turun dan mengertak aku supaya berkalih dari tempat berdiri, Aku degil. Aku terus terpacak sendiri. Biarkan-lah. Biar tempias hujan berdikit-dikit menggigit daging hati. Biar hati hilang dimamah air liur bakteria jahat. Apabila sudah hilang, mudahlah. Berlawan dengan aku yang tiada hati (heartless).

Aku betul-betul berada di lapangan perang. Cuaca sejuk, samar-samar dan berpasir. Aku sendiri. Tanpa ada satupun kelengkapan perang. Dan di seberang sana ada barisan raksasa dari pihak lawan. Disusun dengan teratur; tentera berpanah. tentera berkuda. tentera berkaki, dan kau namakan sahajalah sendiri jenis tentara yang kau minati. Mengibarkan panji-panji kebesaran. Sambil memerbangkan lolongan suara gerun, cukup untuk menampar aku (tanpa radas) terjelopok, berputar kaki, menahan sakit. 

Dan aku sendiri tidak pasti. Untuk apakah peperangan ini?

20140929

Fasa Sayur Hijau (Kitaran Hidup)

Ada banyak perkara yang dahulunya saya membenci, kemudian perlahan-lahan menggemari(nya). Paling ketara adalah kehadiran sayur hijau yang mula memenuhi ruang pinggan makan. Saya menjadi kaget dan tertanya-tanya; adakah ini hint menyatakan bahwa saya sedang berdikit-dikit menjadi dewasa?

Kerana semasa kecil; definisi sayur bagi saya; hanya dimakan oleh orang dewasa. Saya sanggup mengambil masa yang lama untuk mengasingkan tauge dan daun bawang dari mihun goreng disekitar pinggan. Saya benci nasi goreng sekolah tadika yang penuh dengan lobak dadu, jagung dan kacang hijau.

Hari ini; aktiviti pengasingkan sayur dari makanan adalah perkara leceh dan lembap menyebabkan saya mengambil keputusan terus masuk kedalam mulut. Kerana tujuan utama makan adalah untuk hentikan rasa lapar.

Lama kelamaan dalam sadar saya menggemarinya.

***

Saya mula faham dengan kitaran ini. Jika suatu hari nanti saya menggemari periuk belanga -- mungkin saya tahu saya di fasa yang mana.

20140922

Another Trash

Mainkan baris-baris not secara rawak dan biar ia terbang menjadi kepulan musik enak. Sedang dia; cuba-cuba mencari anak mata saya; yang sekian lama tersorok dalam adunan kopi panas atau mungkin di setiap lapisan kek keju.

"Mata ni jarang menipu Maii. Tapi aku tak tahu la kalau mata kau (menipu)."

Tiada apa yang perlu dikesalkan untuk 20 tahun yang telah berlalu kerana ia (kekesalan) tidak mampu mewujudkan orang mati secara konkrit. Dalam durasi masa ini juga kau perlu sadar; berdengus kasar bukan jalan terakhir. Merungut adalah pekara memenatkan dan buntu. Malah, air mata bukan lagi radas utama untuk penuhi kepentingan diri.

Berjeda. Panjang. "At the end, kau cuma ada diri sendiri."

Atau mungkin memang mata saya sedang menipu.

20140829

Kiblat Kematian

Diakhirnya, saya terpaksa akui bahawa saya sedang berdikit-dikit mereput dijamah bakteria jahat. Tubuh saya terkunci di dalam tidur. Sehingga saya merasakan bahwa qarin sedang berunding dengan sesuatu. Dia pernah muncul dalam bentuk cahaya. Dan selalunya berwarna hitam. Berhalusinasi. (Berulang-ulang hari)

Saya menjadi kaget. "Adakah hari ini hari kematian saya?"

Saya mula memikirkan tentang pakaian-pakaian yang bertimbun; memanggil-manggil untuk dilipat. Tentang almari reput. Tentang perkakas-perkakas kegemaran berterabur. Tentang buku-buku lusuh.

Barang-barang ini perlu dihapuskan. Saya perlu pergi dengan aman.

Saya tidak mahu abah dan along berbongkok; mengemas dosa saya.

//July.

20140817

Belasungkawa

Perpisahan dalam bentuk apa sekali pun, relatif apa sekali pun, sebab apa sekali pun; sedikit sebanyak memberi kesan dalam rutin harian kau.

Misalnya pemergian seseorang yang mempunyai relatif kuat dalam darah daging kau. Atau kematian ayam serama yang kau manja-manjakan dengan panggilan Ujang semasa umur 8 tahun. Atau majlis perpisahan cikgu kesayangan kau. Atau buat kali pertama berpisah dengan keluarga lebih daripada 3 hari pada umur 18 tahun.

Atau..

Berpisah.. (I'm speechless)

Lekas seka peluh mata.
Lekas-lekas hilangkan sedu suara.

---

//Fatimah-Indonesia.

20140705

Apabila Insomnia Menyerang Kamar Tidur Saya

wish open a star
Saya berbaring beralaskan lengan kanan sambil mata terkebil-kebil berkiblatkan lelangit dinding. Ini adalah posisi terbaik setelah bosan dan penat melompat dari helaian satu lipatan buku ke lainnya.

Berada dalam kondisi ini (baring hadap ceiling), ia seperti bukaan skrin pemancar cahaya terbesar yang mampu ditonton kapasiti berbillion manusia. Saya mula kaget. Bak kata jhnrdz, mukjizat apakah ini?

Saya cuba tenang seperti kebiasaan sehingga muncul sosok perawan bernama Maii. (di skrin-pemancar-cahaya-terbesar-yang-mampu-ditonton-kapasiti-berbillion-manusia). Beliau dalam keadaan lucu dan membingungkan. Lalu, musik tema-pun berlegar di ruang kepala. Merdu.

"Semesta bicara tanpa bersuara,
Semesta ia kadang buta aksara.
Sepi itu indah, percayalah,
Membisu itu anugerah.
"

Skrin beresolusi tinggi ini memaparkan satu-per-satu kepingan foto. Manis. Senyum. Seorang. Sendiri. Bakery. Pizza panas. Jus oren. Sofa merah. Pustaka Lingkungan. Bas. Matahari. Buku Nadir. Toko Buku. Puisi. Lukisan. Pencil Merah Jambu. Diskusi Haram. Danie. Nurul. Fatimah. Fatimah. Fatimah. Dan Sesuatu.

Sesuatu?

Terus laju tangan mencapai pistol yang-ntah-datang-dari-mana. Acu tepat pada sesuatu. Tarik picu. "Tembak! Tembak! Tembak! Biar mampos sesuatu itu, dia tidak akan ganggu aku !"

Diam.
Sunyi.
Koma.

...

"Semesta bergulir tak kenal aral,
Seperti langkah-langkah menuju kaki langit,
Seperti kenangan akankah bertahan?
Atau perlahan menjadi lautan.
"

...

Padam.

Peluh dari mata saya, pun jatuh.

Juni,20

20140619

Polutan Afeksi

Di jam sekarang, dua sosok perawan muda lagi leka menekan kalkulatus mengira kos-kos dengan teruja kerna tepat pada jam 6 petang keesokan-nya dua sosok ini bakal ketawa riang (atau sebaliknya) menamatkan kertas final bagi tahun pertama.

Sosok pertama bakal berangkat ke Indonesia, menjadi Mahasiswa UI. Sosok kedua bakal berangkat ke Belanda. Atas alasan yang sama; program pertukaran pelajar.

Sedang kau pula masih tercari-cari tempat lena buat letak kepala yang sudah padu disusun oleh blok-blok merah.

--Berbaki 7 jam lagi sebelum melayang ke udara.

20140602

Unwanted Changes

Ada-kalanya kau menjadi begitu suram dan perlahan. Berbahasa dengan bahasa yang tidak mudah difahami. Dan sentiasa mengelak pernyataan , "Kau dah lain Maii.", dengan senyuman kecil.

Kau cuba untuk tidak berfikir mengenai pernyataan ini dengan menyediri di ruang kecil. Ruang yang telah kau ubah fungsi(nya).

Ruang yang dipenuhi oleh buku lama.

Malah kau merasakan buku-buku ini lebih memahami kau.

Daripada mereka.

8 days left

Premis 1: Saya berdebar.
Premis 2: Saya berdebar.
Konklusi: Saya berdebar-debar.

20140530

Hogart dan Boneka Rusia Guido

Di dataran kusyen, Pusanika.
Jika saya seorang ahli sihir, saya mahu Hogart muncul tiap kali lembaran buku ini dibuka. Di dataran kusyen merah. Di ruang penuh jurnal tingkat 3 (kawan saya kata ruang ini di bawah tanah. dia penipu). Mahupun di perjalanan pulang ke kolej (bermodalkan bas).

Saya membayangkan jika Hogart classmate saya pada tahun 2005 pasti buku ini dicampak ke luar kelas sambil diselang-selikan bebelan cikgu dek kerana buku ini hanya mempunyai satu perenggan sahaja. Ya satu perenggan sahaja dari muka 1 hingga 130. Dialog tanpa pembuka dan penutup kata. Dan... ia hanya di minda Hogart sahaja.

Saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada pencuri yang bertukar menjadi agar-agar hijau selepas mencuri boneka guido Hogart? Namun, apabila babak baru muncul iaitu perbualan Chiril Gibran dengan Tunku Abdul Rahman mengenai teori premis, ia lebih mengujakan! Chairil Gibran merupankan kawan Hogart (nenek beliau menjahit baju untuk Mahathir.)

Jika saya memandang laut itu sekadar air masin, saya yakin dan pasti, saya tidak ada jumpa keindahan dan keseronokan memahami (dari perspektif lain) tiap satu ayat dalam buku ini. Pada pandangan saya, buku ini penuh dengan rahsia yang saya sendiri perlu membongkarnya. Dan ia merupakan satu kejayaan besar apabila saya mampu mentafsirnya.

Link: review buku

20140525

Criticize

Mengkritik dianggap sesuatu yang kotor, dosa dan jijik. Lebih-lebih lagi apabila mengkritik orang atas yang telah terletak pada dahi mereka 'manusia suci, haram dikritik'.

Sebagai minda kelas pertama, jiwa intelektual, mengkritik secara membabi-buta dengan menggunakan wacana kasar (tanpa sebarang pembacaan dan ilmu yang setara) adalah pekara mengundang sial. Yang lebih sial adalah menutup akaun sosial tanpa eviden menyelamatkan diri sehingga mereka liar membuat spekulasi.

Menjadi pengkritik, jika durasi sesuatu video adalah 25minit. Maka perlu diperinci tanpa meninggalkan satu minit pun!

Selepas minit ke-26, berbahagia-lah menjadi pengkritik.

Menjadi pengkritik seharusnya berani.

Apabila diminta tampil kehadapan. Tetap kuat pendiri.

Maka sebelum mengkritik perlu difikirkan dua tiga kali.

Atau lebih simpati, jangan mengkritik.

(Cuma kalau tidak dikritik, suatu kuasa itu akan terus membabi.)


20140524

Hold on, dear Self.

Saya tidak pasti bagaimana yang lain menghabiskan hari-hari mereka sebelum minggu ulangkaji bermula. Kalau saya, kebanyakkannya adalah bertapa di ruang penuh buku (bersama dua tiga orang lagi rakan), menghadap komputer riba dan dibawah pengaruh kaffien.

Apabila jumantera jingga menjelang, pulang ke kolej dan memesan lauk-lauk super-duper-pedas bagi hilangkan sedikit rasa gusar pada ketidaksiapan kerja yang perlu di submit by this week.

Malahan sedang mereka dipeluk gaun-gaun anggun meleret ke tanah, menghadiri majlis bergemelapan. Saya masih berbungkus pakaian yang dari pagi tidak bertukar. Dan memasang harapan agar malam ini merupakan malam terakhir saya menongkat mata ke pagi buta.

Namun seperti kebanyakkan hari, harapan ini hanya menjadi rutin harapan tidak dimakbul. Walaubagaimana-pun, saya merasakan bahwa saya benar-benar hidup pada minggu ini..

(Catatan Orang ***** ****)
22/05/2014

20140520

Reminiscent

Kau cuba berimaginasi mengenai keberadaan kau di ruang kecil; Ruang terhad penuh rak dan susunan buku kegemaran pelbagai saiz. Sedang kepala kipas angin benar-benar tertumpu pada kau.

Pada waktu itu kau cuma mahu menongkat mata, berbagi masa menelan buku-buku yang lama kau simpan tetapi masih tidak dibuka.

Dan kau sentiasa berharap, kau punya waktu untuk melukis kembali menggunakan warna dan berus yang semakin mengeras beku setelah sekian lama tidak diguna.

(Rindu kamu, Pustaka Mini)
Kau, Itu aku.

20140514

Aku, Dia

Dia di antara orang-orang yang berada di dalam bulatan.
Dan dia juga di antara orang-orang yang bergoyang sakan.

Dia, Aku

20140510

Taksub

Terlalu taksub zahir rasa di ruang maya,
Kelak bakal tertusuk ke dalam jiwa-tiada-nama.
(melalui penulisan kita).

Kadang-kala ada pekara perlu di rahsia.
--Kerana berahsia itu satu seni luar biasa.
Terjun ke dalamnya dan hayati dengan lapang dada.

20140427

Jelmaan: Powerbee & Raksasa Zetton

Aku rindu Powerbee. Sejak dia Mati di tangan Raksasa Zetton, tamatkan cerita, aku lupa cara melukis dia. Hari ini aku buka semula buku imaginasi aku; rentetan cerita Powerbee masa kecil sehingga dia mati. Repost:

Powerbee bee bee bee.  Skecth,time: In middle Night!
Bab Terakhir: Pengakhiran.

" Jahanam kau raksasa Zetton!"

Powerbee berdiri dihujung dahan pokok sambil menekan dada. Sayap putihnya hampir putus akibat terkena panahan api dari mulot Raksasa Zetton. Raksasa Zetton pula berdiri megah di satu sudut. Muka hodohnya diangkat angkuh. Tanda kemenangan bakal menjadi miliknya.

" Hahahahahahahaha! Kau akan kalah Powerbee haktuih! "

" Aku heroin! Heroin akan menang diakhirnya! "

" Engkau pasti? "

" Memang begitu kan dalam setiap plot cerita, heroin menang ! Kau nak lawan takdir? "

" Ahh, di zaman Milenium ni apa-apa boleh berlaku. Akhir zaman. Aku mandikan saja tuan director dengan wang bawah meja. Tentu dia setuju untuk menangkan aku. "

" Kurang ajar! Dasar Raksasa Zetton Khufarat! "

" Hahahahahahaha! Lagi pun zaman sekarang manusia terlalu mahukan perubahan. Zaman gulingkan benda yang mereka rasa perlukan perubahan! Lebih-lebih lagi dengan adanya pengecip dan muka buku. Lebih pantas tersebar propaganda yang aku bawa. Sudah tentu-tentu pengaruh aku kuat disitu! Lupakan lah hasrat kau itu Powerbee. Dunia kini bukan untuk homosapien baik-baik macam kau! "

" Arghhhh! Engkau tamak Zetton! Kau tidak berha .... "

Se zas api keluar dari mulot Zetton sebelum sempat Powerbee ingin menasihatkannya. Terbakar kering Powerbee.

Ahh, memang begitukan selalunya? Matikan seseorang itu tanpa dengar penjelasannya? Pikir Zetton sambil berlalu pergi. Dunia sekarang untuk orang-orang kejam sepertinya.

Engkau kejam, engkau akan dapat kuasa, harta, pangkat dan sebagainya.

Oleh kerana qoutes yang Zetton jumpa dalam goodreads ini lah,
(semasa buat riview buku) bikin Zetton penasaran mahukan dunia !

R.I.P Powerbee.

20140425

Perihal Dunia

"Ada perihal dunia (dan kita sebagai anggotanya) tidak mahu sesuatu itu berlaku." Namun ia tetap berlaku. Misalnya dalam konteks kehilangan seseorang yang punya relatif kuat dalam darah. Atau membilang usia menjadi tua dan menunggu gugur daun nama.

"Ada perihal dunia yang 'isi'nya sendiri cuba menterjemahkan sesuatu." Seperti perpindahan semut-semut kecil yang mula berkerja keras mengumpul makanan untuk suatu jangka masa yang panjang. Atau bilangan nyamuk yang semakin mendominasi ruang malam, berpesta dengan manisan darah penderma.

Dan,

"Ada perihal dunia yang tangan sendiri boleh mengubah (dengan Izin-Nya)." Misalnya carikan benang pada kain. Samada biarkan benang tersebut menganggu dan terus merosak. Atau membaikinya dan pulih.

Selamat Memilih.

20140412

Bacul

"Berkhayal dengan menelan pil-pil perangsang cinta duniawi."

Corong pekikan Daron Malakian penuh berkumpul dalam deria telinga. Goncangan drum milik Domingo Laranio ditempatkan dalam mood repeat. Pada waktu itu aku rasa musik ini adalah genre terbaik untuk menelan masalah personal. Masalah yang diada-adakan. Sehingga aku lupa untuk menadah. Malah sering berkelahi dengan nasib di dunia.

Jelas dan terang. Aku salah.

20140410

Kanvas Memori dan Matahari

Jumantara jingga menghias bentangan atap dunia. Siulan lembut dari peti suara John Vesely teman rasa. Rel-rel keretapi gocah berlaga dengan derasnya. Cahaya matahari mencelah masuk melalui ruang udara.

Dan aku?
Masih terperuk dalam keadaan lama.

Meminggir, Menyendiri menghadap Buku Kerat. "Buku untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri."- Batu Ketiga Dari Matahari.

Antara buku yang aku sayang. Tiap malam aku pegang. Layar mimpi bersama. Kerana dia Matahari. Itu sahaja. Ya. Matahari. Aku cinta Matahari. Dan lebih-lebih lagi Pencipta-Nya. iaitu Yang menciptakan aku. AllahuRabbi.

Jadi Ada Apa dengan cahaya Matahari?
Terik panasnya sahaja lebih daripada menguji.

"Kalau betul cinta pada Matahari. Matahari berputar atau tidak?"-Fatimah.

*Senyum.

20140409

Musik Nyaman, Teh Enak dan Persahabatan

Rooftop. Bala's Place. Malacca. 6/April/2014
Aku menghabiskan jam-jam terakhir di sini. Yang pasti ia akan memberi makna kerana dalam simpanan aku cuma ada beberapa kepingan gambar kabur. Rakaman suara puisi kita pada malam hari. Dan lukisan-lukisan tidak siap.

Musik alam teman aku. Anjing-anjing yang menyalak. Burung yang bernyanyi riang. Tukangan pak pendiri bangunan. Serta deruman mesin membasuh pakaian. Tenang. Seperti persahabatan kita.

Aku jatuh cinta dengan Persahabatan.

"Macam mana kalau satu hari kita jumpa ramai-ramai. Persahabatan ini kita bawa ke realiti. Suatu manisan yang agak menggiurkan."-@_rebennn

20140404

April, Buku Kerat dan Percutian Bebas

Setelah mengaplikasikan google translate, baru aku tahu independent holiday itu percutian bebas. Tak kesahlah apa nama sekali pun kerana; April telah dipilih, Buku Skets baru (juga di google translate daripada perkataan skecthbook) masih ada tanda harga. Pensil tekan kesayangan. Buku puisi rawak. Buku Kerat. Dan pakaian lusuh telah diatur.

Maka berangkatlah aku ke tempat asing bersendirian. Bismillah.

20140330

Perihal dewasa

28032014
Aku sambut tarikh ini dengan sweetcorn sejuk dan air mineral dihadapan buku ekonomi. Keluk-keluk yang merumitkan. Aku mahu bereskan perihal tertangguh untuk menikmati cuti hujung minggu di rumah. Kemudian pesanan ringkas masuk.

"Bagaimana, menjadi seorang dewasa?"

Diam. Lama.

Ia memenatkan.

Dan aku menikmati setiap inchi daripadanya.

Dan aku berharap aku mampu bertahan.

*senyum.

(Dengan rasa rendah diri) Sebagai manusia genap 20tahun melihat dunia. Mencari siapa DIA. Dan aku terkesan dengan ayat ini, "Disiapkannya bumi ini untuk menerima kehidupan manusia dan mengasuhnya. Juga disiapkannya manusia untuk saling menyesuaikan diri dalam lingkungannya dan untuk saling mengerti."-Tafsir Fi Zilal m/s149 Al-Nabaa'

Ya aku baru 20tahun. Dan aku harap kau tak kesah aku guna kata ganti diri 'aku'. Atau perlu panggil abang, akak? Kak Reen? Bang Dhagi? Kak Shafizah? Kah!

20140324

Watak: "Lelaki -- Cigar dan Spatula"

Lukisan jam-jam terakhir; hilang tumpuan di kelas cesmed.
Pencigar tegar.
Dan hebat memegang spatula.
Senngg sengggg (bunyi spatula berlaga).

Lelaki -- pandai memasak.
Macam Angah dan Babah.
Tapi Angah dan Babah bukan pencigar.
Cuma, depa lepas masak tak reti nak kemas!

Mujur ada aku.
Sebagai adik dan anak yang rajin (Kah!)
Tolong kemaskan.

20140323

Watak: "Armada dan Ego -- gmati."

imagination on acc com class. 
Armada yang mengepalai (nya) adalah seperti tisu.
Mudah terserap dengan idea-idea baharu (luar).
Maka anak kapal punya cadangan satu pun tak laku.
Namun akhirnya dia pilih untuk setuju (dalam bisu).

Kau ego, Armada.

20140316

Tamak

Aku orang mentah. Masih tidak punya apa-apa. Tapi bila dia buka cerita fasal dunia. Aku mula tamak. Mahu kaut apa yang di depan mata. Kerana aku miskin. Tidak mampu beli masa.

Ada kapal ke masa lepas sekalipun aku tetap setia pada masa sekarang. Kerana mahu berjumpa 3 orang penting di masa hadapan. Dan aku yakin bilangan ini akan bertambah atau aku salah seorang kepada penambah bilangan ini.

7:27 AM - 13 Mar 2014
Stress itu nikmat. Biar kita lebih tamak dalam rangkul minit-minit berharga bersama keluarga, bergurau senda. Ahh. Homesick.

8:32 AM - 15 Mar 2014
Berbungkus dalam bungkusan nikmat kasih sayang. Ya. Aku tamak. Aku tamak dalam perihal yang melibatkan kasih sayang. Kalau boleh aku mahu angkut satu keluarga. Hidup bersama dalam satu masa.

Hari ini aku pulang. Kalau ini adalah kali terakhir kami, aku mohon Tuhan.

"Tenteramkan hati-hati ini."

20140307

Nota minta maaf secara terbuka

Seharian aku habiskan masa di kamar. Seorang. Selesaikan list todo yang kian memenuhi ruang kertas. Dan selebihnya adalah Mengunyah. Mengelamun. Dan akhir sekali tertidur.

Malam, secara drastik aku ambil keputusan untuk keluar dari bilik dan menunggu bus. Menuju perpustakaan. Dengan niat pulangkan buku-buku. Dan. Dan. Dan Aku. Dan aku Rasa. Tuhan. Allah. Hantar. Seseorang (banyak orang sebenarnya). Untuk tampar aku. Dua tiga kali. Pergi dan balik.

Sakit. Allahurabbi. :'(

Aku rasa bersalah dengan diri aku. Sangat.

"Maiizatul, saya minta maaf. Saya tak jaga awak dengan baik."-Aku.

Perghhh! Rasa nak menangis pulokkss!

20140226

Bebel 2.0

Dalam simpanan aku yang tinggal, hanya satu baldi yang aku kira cukup untuk wuduk dan bersihkan diri. Paling lama ia mampu bertahan adalah dua hari. Itupun jikalau tiada tangan ghaib yang menggunakannya. Aku faham. Kalau dia terdesak nak beristinjak. Gunalah. Bismillah dulu.

"Moga hati-hati kami terus teguh."

20140212

Bebel

Bagi aku seni itu adalah cabang keghairahan yang mana hanya kau seorang sahaja boleh nikmatinya. Aku mengagumi setiap satu deria yang dipinjamkan oleh Tuhan kerana seni tanpa deria; pincanglah dunia. Subhanallah.

Jadi aku rumuskan gunung itu suatu seni. Lingkaran kayu dan akar yang menjalar bebas dibentuk secara semulajadi. Kehidupan lain yang menghuni hutan secara keseluruhan. Nilai kesabaran, kekuatan, disiplin, keberanian. Muzik pengiring yang tenang. Dan lebih menarik adalah mitos. Pantang larang.

Okey cukup. Titik.

Jadi cuti aku berbaki empat hari sebelum sem baru bermula. Aku berharap aku lebih tabah menikmati tekanan. Waktu makan yang teratur. Bilik yang kemas sepanjang masa. Haha! -.- Kbai.

Gunung Panti, Johor.

20140205

Tiwesdæg

Lewat petang. Aku masih berada jauh dari pandangan keluarga. Duduk. Membelakangkan cahaya matahari. Aku yakin posisi ini kelihatan lebih romantis dengan berlatar-belakangkan bunyi rel-rel keretapi yang berlaga.

Mencatat sesuatu di atas kertas; mengenai perkara yang semulajadi. Catatan karut ini ada nilai sentimentalnya tersendiri tahu. Lebih-lebih lagi jika kau seorang penghidap anterograde amnesia (baca:pelupa). Nanti bila kau buka semula helaian kertas ini kau akan dapati tersenyum kecil. Percayalah.

*senyum.

"Berseorangan itu bukan malapetaka. Malah ia adalah nikmat."-catatan ringkas petang selasa.

20140203

Tanah indah (ii)

Aku jenis manusia yang mahukan sesuatu; kena tulis atas kertas. Dan tampal. Jadi bila kau masuk ke ruang kamar tidurku, penuh tampalan-tampalan kertas yang rata-rata adalah perjanjian dengan diri sendiri. Dia selalu bisang. "Sampah apa yang kau lekat ni ? Dinding dah macam kap-lam-ya-nga dah".

Senyum. Sampah ini motivasi bro.

20140128

Tanah indah

Jenuh aku kerah otak mahu keluarkan sedikit cerita manis sepanjang hampir seminggu keberadaanku di tanah Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor. Mahu tampal di sini. Nanti bila-bila aku mahu lihat tulisan aku, bakalan tersenyum sendiri. Hehe

Tenang. Nyaman. Redup.

Kalau mahu dilihat dari sudut perasaan. Aku mahu lebih lama berada disitu. Aku bukan setakat jatuh cinta pada tanah-nya, pada gunung-nya, pada angin-nya, malah kepada penghuni-nya juga!

Ahhh! Indah indah indahh indahh!

"Tanah ini sangat indah.
Tuhan, bantu kami pelihara-nya."
(Zafran,2013)

20140115

An Evening

#Nowplaying - Di Atas Kapal Kertas // Banda Neira

Ntah-buat-keberapa-kali musik akustik merdu ini berputar. Kerana semenjak aku tahu fungsi repeat, aku sentiasa letakkan ia dalam mood repeat. Jeans, kasut lusuh, plain t-shirt, dan hijab hitam kegemaran. Berdiri dan berjalan, menunggu gerabak yang akan bawa aku pergi jauh.

Gelagat manusia di sekitar sini lucu. Anak kecil yang mengada-ngada. Pasangan tua dengan bagasi. Sekumpulan anak muda dengan fesyen tribul. Dan kebanyakkannya kusyuk menatap gadget pintar. Aku senyum. Bunyi gerabak keretapi sangat klasik. Bagi aku, rel-rel keretapi ini sinonim dengan perpisahan.

Seperti hari ini. Tetapi ia tidak statik dengan satu makna sahaja. Kan?

*Senyum*

20140111

I struggle, fight dark forces.

Memilih untuk menikmati secawan Nescafe tanpa sebarang tuntutan kerja dan teman di sebelah kau; meredah malam seorang diri adalah suatu tindakan yang kurang bijak. Sunyi. Dia kata, "Tak remaja ah kau, baru secawan wei". 

Ya. Secawan. 

Secawan yang mampu mereputkan manusia magrin dengan mudah. Kan.

20140109

19:55 23/12/2013


Masuk kali ini, ntah kali keberapa aku pulang ke Bangi sewaktu matahari sedang tidur; sudah hilang kiraan di jari. Tenang. Sejuk. Gerabak lengang. Nikmat. Tak perlu berasak-asak. Dan didapati kebanyakkan penumpang redah malam dengan menelan perasaan sendiri. Termasuk diri aku. Ah!

20140105

Watak: Terbanglahh, dengan sepasang sayap.

Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil leka menekan mata pensil ke permukaan kulit kertas. Sementara menunggu Rozel selesai kan baca buku untuk Arif; Giliran aku hantar Arif pulang. Maka, apabila sudah selesai;

Bersama teruja aku bawa sketch book betul-betul kehadapan Arif.

"Arif, Ariff ! Saya lukis awak !".

Arif senyum. 

Manis. Macam gula-gula.

Aku pun tersenyum.

"Nahh, rasa guna tangan."

Aku letak sketchbook dihadapan Arif. Dia sentuh.

"Cantik."

20140101

Mohon doa,
Khabar dari tanah Johor.
Jam 11:45 31/12/2013
Aiman (3tahun) di ICU.
Jantung berhenti.

Moga ada pelangi-Nya.