20131211

Perawan dan Nota Kata

Kurang pasti perjalanan kami dari-mana-hendak-kemana sehingga memilih untuk bersidai di bangku di hadapan padang suram sedangkan jam sudah selesai untuk satu putaran(nya). Dan tentunya X adalah spesis bunga. 

Yang masih segar, pada saat itu, aku sedang cari sesuatu iaitu Iman. Dalam bentuk apa, masih samar kerana tiada bimbingan khusus. Kami diberi input, kemudian dilepaskan begitu sahaja, tanpa sebarang telunjuk. Yang ketara, aku agak terkehadapan dalam proses ini. Dan spontan X pesan,

"Jangan pernah sekali kau tolak sebarang teguran walaupun datangnya dari seorang Pelacur, Maii."

"Yakin dan pasti. Hadirnya dari Tuhan."

"Tuhan mahu lihat sejauh mana perubahan kau."

"Jangan kerana pakaian yang labuh, terus alpa, dan anggap manusia tidak (sealiran) seperti kau itu berdosa."

"Yakin dan pasti. Jika kau dalam situasi ini, kau akan tenggelam dalam keangkuhan dan kebodohan hasil ciptaan kau sendiri."

"Kita Pendosa."

Dan kemudian aku masih dalam keadaan terharu apabila X mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Walaupun tidak secara total aurah(nya) di gaul rata, bagi aku itu satu perubahan yang manis. Seingat aku, X seperti biasa-biasa, walau sindiran diterima adalah luar biasa. Aku kagum.

Kami meneruskan perjalanan setelah dihalau secara sopan oleh Makcik Guard.

9 comments:

  1. Kita tak ada hak untuk nilai manusia lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi reen..bukan kita dinilai setiap kali huking tahun utk dpt bonus ke?

      Delete
    2. Reen ni neighbour aku
      .cuma aku dgn dia je xtau.hahaha

      Delete
    3. So kau pun orang kat kelantan?

      Delete
  2. Assalamualaikum, singgah baca entri di sini. Nak follow tak ada butang follow pulak. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah tuan datang sekadar datang.
      Tiada apa yang perlu diikuti.
      Peringatan tentang mati jauh sekali,
      yang ada cuma perawan yang tertimbus oleh masalah sendiri.

      Delete
  3. Small minds talk about people..average mind talk about events..great mind talk about ideas..eh..relevant x..

    ReplyDelete