20131219

Can people live in memory?

Lagi sedang karang puisi, buat Arif, manusia istimewa, lihat dunia guna mata hati.
Moga terus tabah Arif. Akhirat kelak, Tuhan akan kurniakan mata buat kamu. :)

Aku memilih untuk teruskan menulis, walhal yang ada pada aku kini hanyalah masa tidur yang berbaki 3 jam sebelum kuliah. Memandangkan aku uzur, peluang untuk melanjutkan tidur sehingga jam 7 pagi adalah relevan. 

Akhir-akhir ini keadaan aku agak sedikit kecelaruan (terbiasa). Dan ia berlaku dengan serentak, dalam keadaan separa sedar. Ada satu waktu itu, aku sedang menghabiskan masa -- makan malam, bersama Jee, selesai makan; tiba-tiba aku cuak; tidak pasti berada dimana sehingga otak menghantar isyarat memberitahu keberadaanku dalam tempoh yang memakan masa. 

Ada satu waktu itu juga, mahu menghantar pesanan ringkas kepada Jann (teman sekuliah). Kemudian Jann membalas, "What are you trying to say, Maii?". Apabila buka kotak item dihantar, apa yang aku dapati, pesanan tadi berisi dengan barisan perkataan yang bertarabur tatabahasa sehingga hilang erti pada pesanan tersebut.

Aku syak hal ini berlaku berpunca daripada ketidakcekapan aku urus masa. Hal-hal assignment dan dateline. Hal projek yang masih belum menemui sponsor utama.

"Doktor sakit jiwa aku ckp situasi tertekan tu kita yg cipta sendiri.."-DH(agi)

Aku tak rasa aku sakit jiwa. Heh.

Ayuh, tidur!

11 comments:

  1. Ini lukisan kau? Ahh, kau ini milik siapa? Penuh imaginasi.
    Jangan timbus diri kau dengan masalah, take 5. Pi holiday.
    Soal sponsor tu aku dah email kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku milik tuhan, abadi.
      Terima kasih. Aku sudah hantar dokumen pada kau. Baca dan hayati. haha. Kelak kalau setuju, beritahu.

      Delete
  2. Replies
    1. Kau kurang upaya? Tiada deria penglihatan? Kalau ya. Arif itu kau. Mudahkan :)

      Delete
  3. haha, student life adalah era pra-sleepless manusia. raikan semua kesibukan. kesibukan itu seronok!

    ReplyDelete
  4. btw maii, happy submition, presentation and examination dayss =)

    ReplyDelete
  5. Aku tak tahu nak komen apa. Harap urusan kau dipermudahkan olehNYA. :)

    Eh apesal aku dan Dhagi je kena CC? Haha :P

    ReplyDelete
  6. Oh, people live in memory. AKu rasa tak boleh kot. life need to moe on no matter what. heee

    -reen-

    ReplyDelete
  7. Doktor sakit jiwa aku tu juga kata..org gila xkan mengaku dirinya gila..hahaha..

    ReplyDelete