20131231

20:13

"Kau mahu pelangi atau unicorn?"

"Luna."

*Senyum*

If and only if you know what's the meaning behind "rainbow and unicorn."

Hehe. Goodbye!

20131222

Bercuti Cara Aku (versi Maii)


Aku suka percutian yang melibatkan air, gunung dan matahari. Yang ringkas tetapi mencabar. Sedang dunia merosak (oleh tangan-tangan manusia), ada satu ceruk, yang masih terpelihara; 
Sungai Kampar, Kampung Jahang, Perak.

20131219

Can people live in memory?

Lagi sedang karang puisi, buat Arif, manusia istimewa, lihat dunia guna mata hati.
Moga terus tabah Arif. Akhirat kelak, Tuhan akan kurniakan mata buat kamu. :)

Aku memilih untuk teruskan menulis, walhal yang ada pada aku kini hanyalah masa tidur yang berbaki 3 jam sebelum kuliah. Memandangkan aku uzur, peluang untuk melanjutkan tidur sehingga jam 7 pagi adalah relevan. 

Akhir-akhir ini keadaan aku agak sedikit kecelaruan (terbiasa). Dan ia berlaku dengan serentak, dalam keadaan separa sedar. Ada satu waktu itu, aku sedang menghabiskan masa -- makan malam, bersama Jee, selesai makan; tiba-tiba aku cuak; tidak pasti berada dimana sehingga otak menghantar isyarat memberitahu keberadaanku dalam tempoh yang memakan masa. 

Ada satu waktu itu juga, mahu menghantar pesanan ringkas kepada Jann (teman sekuliah). Kemudian Jann membalas, "What are you trying to say, Maii?". Apabila buka kotak item dihantar, apa yang aku dapati, pesanan tadi berisi dengan barisan perkataan yang bertarabur tatabahasa sehingga hilang erti pada pesanan tersebut.

Aku syak hal ini berlaku berpunca daripada ketidakcekapan aku urus masa. Hal-hal assignment dan dateline. Hal projek yang masih belum menemui sponsor utama.

"Doktor sakit jiwa aku ckp situasi tertekan tu kita yg cipta sendiri.."-DH(agi)

Aku tak rasa aku sakit jiwa. Heh.

Ayuh, tidur!

20131211

Perawan dan Nota Kata

Kurang pasti perjalanan kami dari-mana-hendak-kemana sehingga memilih untuk bersidai di bangku di hadapan padang suram sedangkan jam sudah selesai untuk satu putaran(nya). Dan tentunya X adalah spesis bunga. 

Yang masih segar, pada saat itu, aku sedang cari sesuatu iaitu Iman. Dalam bentuk apa, masih samar kerana tiada bimbingan khusus. Kami diberi input, kemudian dilepaskan begitu sahaja, tanpa sebarang telunjuk. Yang ketara, aku agak terkehadapan dalam proses ini. Dan spontan X pesan,

"Jangan pernah sekali kau tolak sebarang teguran walaupun datangnya dari seorang Pelacur, Maii."

"Yakin dan pasti. Hadirnya dari Tuhan."

"Tuhan mahu lihat sejauh mana perubahan kau."

"Jangan kerana pakaian yang labuh, terus alpa, dan anggap manusia tidak (sealiran) seperti kau itu berdosa."

"Yakin dan pasti. Jika kau dalam situasi ini, kau akan tenggelam dalam keangkuhan dan kebodohan hasil ciptaan kau sendiri."

"Kita Pendosa."

Dan kemudian aku masih dalam keadaan terharu apabila X mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Walaupun tidak secara total aurah(nya) di gaul rata, bagi aku itu satu perubahan yang manis. Seingat aku, X seperti biasa-biasa, walau sindiran diterima adalah luar biasa. Aku kagum.

Kami meneruskan perjalanan setelah dihalau secara sopan oleh Makcik Guard.

20131209

Keputusan pulang, dan melepaskan beban.

"Too many choice, too many decision"

Lewat petang, sorakan demi sorakan diselang-selikan dengan ketawa riang-ria kedengaran dari setiap aras. Dan aku juga termasuk dalam kelompok demikian. Cepat tersedar dan berkomunikasi dengan Tuhan. "Alhamdulillah, kau makbulkan doa kami". Khabarnya rata-rata nama pelajar akaun tersenarai. Barakah hari jumaat.

Pada hari ini (sudah berlalu) bercadang mahu pulang sahaja selepas berhalaqah. Namun, ditangguh kerana tuntutan meeting yang haremmmmmm. Y pernah beritahu aku, aku berada dalam institusi Universiti Kuat Meeting. Hadamkan sahaja-lah!

Dan keesokkan(nya), bangun subuh dan aku sedar aku sudah berada di rumah.

20131207

Watak: + D (Tanpa Teh Panas)

Akhir-akhir ini aku banyak habiskan masa di kamar Jee.
Angkut selimut kegemaran, dan perkakas tidur.

Dan, buku kuning.

Dalam buku kuning ada imaginasi aku.
Setiap kali sebelum tidur, aku meneliti(nya);
Terutamanya lukisan ini. Aku lakar dengan tenang.
Tanpa memikirkan sesiapa.

Malam I,
"Tenungg maii, tenung sampai tembus kertas tu!"

Malam II,
"Tenung maii, tenung sampai terbakau kertas tu!"

Malam III,
"Tenung maii, tenung sampai keluar watak kau tu!"

Ah, Jee jeles. Aku kurang beri perhatian pada dia. Haha

20131206

Dua Hala

“Being responsible sometimes means pissing people off.”

Aku pikir aku salah seorang yang tabah menelan tanggungjawab.
Cuma, kebelakang ini kehadiran tanggujawab buatkan aku tertimbus diantara rela dan keterpaksaan.

"Sometimes we need to selfish.", Tanpa ragu berdiskusi sama Jee.

Dan akhirnya aku tersekat dalam perihal mementingkan diri.

Jadi, aku mula pecahkan diri kepada dua bahagian (yang bersifat dependent),

(I) Aku punya naluri keibuan. Aku tak sanggup lihat anak-anak buah dihentam hebat oleh Bapak Pengendali. Aku punya rencana agar mereka terpelihara. (Dan hal ini menyebabkan aku mudah dipijak, kata Jee)

(II) Oleh kerana itu, aku lebih pentingkan kerja. Walhal aku sudah berjanji mahu habiskan hujung minggu bersama keluarga.

Selebihnya aku berada dalam situasi di tekan.
Atau mungkin tertekan. Entahlahh..

LGBT -- COMANGO is lying when it claims that it represent most Malaysian.

Dialog hitam;
Fahaman tersendiri.
Kucar-kacir;
Junjung Hak Asasi.

Kalau-kalau -- COMANGO berjaya! (Nauzubillah)
Para LGBT sudah siap siaga;
Rempuh JPN, mau tukar nama.
Malaysia Negaraku Tercinta;
Bakal ada penduduk punya 3 jantina.

Ayuh, teruskan tutup mata, buat-buat tak endah! *sindir*

20131201

Release


Bracket -- M

Biarkan jari dan minda bersatu;
Menulis tentang sesuatu,
Yang aku sendiri tak tahu.

Ah, kau selalu menidakkan sesuatu, Maii.
Mengangkat pedang dalam hati;
Musuh jadi bara api,
Takut pada diri sendiri.
Jiwa mati.

Kau (Maii) hanya pandai hidupkan api,
Apabila api sudah mara (baca: kritikal), kau lari.
Konon selamatkan diri.
Bersama bekal berguni-guni.

Mengeluh; Penat. Sedangkan kau lupa. Leka.
Kau buat semua ini kerana apa?

"Who do you want to impress?"

Atau,

Teruskanlah berperang dengan hati! Bawa mati.