20131105

Aku, Malam & Sesuatu

Sejuk, Nyaman, Tenang.

Berbungkus dalam selimut biru. Selimut kegemaran.
Yang penuhi ruang kamar adalah cahaya kuning;
Datang dari lampu atas meja kecil.

Yang setia menemani pagi buta ini (Jam 0312);
Melodi semula jadi datang dari air hujan yang jatuh atas tin kosong.
Wangian terapi; secawan kopi-putih panas,
Kepulan asap yang mampu menghangatkan muka.

Menguap lagi; tongkak mata, larang tidur.

Kitab kecil dibuka; halaman terakhir:
Klasifikasi Ayat Al-Quran

Secara rawak memilih topik;
Bab IV. Ilmu Dan Cabang-cabangnya

Dan secara rawak juga memilih subtopik;
8. Bintang-bintang

Mula mencari.

Jumpa. Dan baca dengan perlahan.

Al-Hijr (Negeri kaum Thamud)
15:16 Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang yang memandang(nya).

15:17 Dan Kami menjaganya daripada tiap-tiap syaitan yang terkutuk.

15:18 Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat di dengar (daripada malaikat), lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.

*Tidak semena Guruh lembut berbunyi.

Mata ke arah tingkap. Tenang, Maii. Tenang.

Ayuh sambung baca,

As-Saffat (Yang Bersaf-saf)
37:10 Kecuali (syaitan) yang mencuri dengan (pembicaraan); maka ia dikejar oleh bintang yang menyala.

*Kali ini, Guruh bersuara. Dengan keras!

Ah, kali ini tak boleh tenang.

Tinggg! Bulu naik tegak!

Tidur. Tidur.

9 comments:

  1. aku tak faham kenapa kau selalu tidur lambat. dan dari penulisan kau, kau nampak sunyi. maaf kalau salah.

    ****
    syaitan tak dibenarkan dgr khabar dari langit ada sebab -- jelaskan bahawa al-quran itu benar, datang dari allah. jibril bawa kpd muhammad. jika syaitan diberi dgr nescaya ada yg mempertikaikan. wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap manusia ada masa bersendirian(nya).
      bersahabat dengan aku, baru kau tahu.

      Al-Quran sangat Indah. Aku mengaguminya. Sumpah!

      Delete
    2. Ciptaan tuhan indah, termasuk engkau. Sungguh.

      Delete
  2. Aku suka ini. Bertambah 1 lagi ilmu aku. Terima kasih.

    btw... buku apa yang kau baca? Nak cari juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari. Kau akan cintakan buku ini. (sama seperti aku) : Tafsir Al-Quran.

      Pesanan penaja: Tak perlu yang mahal, asalkan berkualiti. Selamat menikmati.

      Delete
  3. Replies
    1. tidur itu nikmat. Dan aku suka tidur.
      Aku harap aku akan sentiasa menikmati waktu tidur walaupun amat jarang sekali.

      Delete
  4. bila baca Tafsir Al-Quran terasa lapang dada. kan M+ ?



    Salam kenalan M+ :)

    ReplyDelete