20131027

Kabus Malam & Sesuatu

Bersama aku ada sebatang pen hampir habis dakwat.
Telefon bimbit yang terbiar sunyi. Hampir seminggu tak di beri tenaga.
Dan timbunan buku-buku sekular/separa sekular.
Meredah malam bersama sunyi. Ahhh, kacau!

Tarikh yang sentiasa mengekori; di sisi beliau kemas terletak Barret M82. Apabila akal waras bertemu Tarikh dan Masa; Di lepaskan lebih daripada 6das tepat pada kepala. Berlumuran darah. Kemudian kembali pulih semula. Berulang-ulang.

Terapung aku; bersama Bernoulli, Poison, Normal di langit minda. Tidak dihadam dengan baik. Tersekat-sekat. Pecahan molecule secara rawak/bebas. Berselerak formula, kemudian bersatu semula dengan serabut!

Tinggalkan Isyak yang sudah merungut; kerana kehadiran beliau tidak aku pedulikan. Aku pujuk isyak, "Sayang, kejap lagi ana bangun. Sumpah. Ana tidak akan tinggalkan kamu. Kesetiaan ana terhadap kamu sama gagahnya ana pada Subuh. (Dengan izin Dia)"

Terlena di atas timbunan pakaian bersih.
Tersedar jam 0400; Tuhan hantar petanda. Aku hutang 1 Isyak dengan-Nya.
Mujur jasad yang dikunci -- untuk sementara.
Mungkin Isyak mengadu; Aku belum bertemu dia.

Lesu/Lemah/Layu,
Aku.

***

10 comments:

  1. Perghh. Serius. Kedekut! Pi la beli pen baru wei!
    Atau kau tunggu pen jatuh ke riba?
    Macam kau tunggu seseorang (yang kononnya masih dalam simpanan tuhan) ? Hahahahahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dalam simpanan tuhann.
      Ececehhhhhh! (Tutup muka)
      Kau baca habis ke idak?
      Atau belum baca sudah menembak.

      Delete
    2. okey. dah habis baca. Perghh! Isyak 4 pagi! tak isteri solehah wei! Pak imam pandang kau sebelah mata wei! Hahahaha!

      Delete
    3. GMATI DENGAN PAK IMAN ! . Mata dia tak di perlukan untuk aku kejar sorga. hehe

      Delete
  2. perghh diolah dengan baik,plot cerita wayang ni.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. syabas pakcik dhagi. memang kebanyakkan penulisan aku; kau tak faham.

      Delete
  4. Aku suka ini. Peringatan untuk aku. :)

    ReplyDelete