20131027

Kabus Malam & Sesuatu

Bersama aku ada sebatang pen hampir habis dakwat.
Telefon bimbit yang terbiar sunyi. Hampir seminggu tak di beri tenaga.
Dan timbunan buku-buku sekular/separa sekular.
Meredah malam bersama sunyi. Ahhh, kacau!

Tarikh yang sentiasa mengekori; di sisi beliau kemas terletak Barret M82. Apabila akal waras bertemu Tarikh dan Masa; Di lepaskan lebih daripada 6das tepat pada kepala. Berlumuran darah. Kemudian kembali pulih semula. Berulang-ulang.

Terapung aku; bersama Bernoulli, Poison, Normal di langit minda. Tidak dihadam dengan baik. Tersekat-sekat. Pecahan molecule secara rawak/bebas. Berselerak formula, kemudian bersatu semula dengan serabut!

Tinggalkan Isyak yang sudah merungut; kerana kehadiran beliau tidak aku pedulikan. Aku pujuk isyak, "Sayang, kejap lagi ana bangun. Sumpah. Ana tidak akan tinggalkan kamu. Kesetiaan ana terhadap kamu sama gagahnya ana pada Subuh. (Dengan izin Dia)"

Terlena di atas timbunan pakaian bersih.
Tersedar jam 0400; Tuhan hantar petanda. Aku hutang 1 Isyak dengan-Nya.
Mujur jasad yang dikunci -- untuk sementara.
Mungkin Isyak mengadu; Aku belum bertemu dia.

Lesu/Lemah/Layu,
Aku.

***

20131022

Deep #1

Mana jasad yang janji di sisi sentiasa?
Tiap kali tersadar jam 0400 buta;
Secara konkritnya; hanya ada aku; satu.
Bunyi sedu. Dinding bisu. Kengkirik tidur. Tinggal aku.

Kesat air mata, kerana aku ada Tuhan. 
Dia tidak pernah tinggalkan aku; Pasti.

Deep;
Aku

20131020

I'll rule; I didn't come for money

Cetak Rompak; Edit
Original
"Inshaa Allah. Ini rumah kita."--Kata Maii kepada kucing-kucingnya.

Lama; Lakaran masa tingkatan 3

Ini aku lakar time aku Form 3. Rumah dalam taman.
Waktu pagi; breakfast sambil menikmati bunyi air terjun. Seseorang (Yang masih dalam rahsia simpanan Tuhan.. Ohyeahh!) sedang bermain dengan berus kaler di atas kanvas. Aku datang bawa breakfast. Kami breakfast sama-sama. Cekodok pisang dan teh panas! Auchhhh! Sosuueewik!

Hari ini, 2013; aku mula rasa mahu rumah yang kecil dan selesa. Penuh dengan buku. Dan kanvas putih. Yang penuhi ruang adalah gurau senda dan rahmat Tuhan; itu lebih bahagia.

20131019

Lama 2.0

Lukisan awal tahun 2013, jumpa dalam laci.

Waktu ini, setelah berbulan-bulan mati idea. Ini yang terpacul keluar.
Ah, aku rindu dunia matrikulasi. "Tahun depan dah 20 maii hoi!
Sila sedar diri cepat sikit! Macik tua!
" -- Kata Maii kepada diri sendiri.

20131018

Manusia Malang 2.0

Mampu berhujah dalam ilmu bisnes dan ekonomi,
Tetapi bila soal ilmu islam; diam. Fikiran kosong.
Mau hujahkan apa?

Di soal Perang Ahzab perang yang ke-berapa dalam islam.

Masih diam.

Kosong.

Di beritahu Perang Ahzab itu adalah nama lain bagi Perang Khandaq,

Hati bilang; Ohh. Perang itu.

--tetapi, masih kosong.

(Sebelum pasak ilmu sekular dalam otak. Moh tenangkan hati hadam Al-Khafi dan Ma'thurat. Sarapan rohani pagi jumaat. Brupppp. Alhamdulillah.)

20131017

Manusia Malang

Aku di antara berjuta manusia malang.

Kosong tin; bunyi melantun tinggi. Dalam-nya tiada isi.

Sila sedar diri maii,
Aku.

20131014

11:11

Kampong Babah (At Kampong Meru)

Hari ini kita pulang ke kampung babah. Kampung lama. Tempat kami main baling selipar. Kunyah gula-gula getah. Main layang-layang guna kertas. Berlari-lari kejar kucing. Sudah penat? Makan. Makan. Dan Makan.

Selamat Hari Raya Aidiladha !


20131008

Jelmaan Gabriel Omar, Oktober.

Jelmaan Gabriel Omar sudah karang cerita pedih.
Kupu-kupu yang terbang tak pulang;
Aman di sana menanti kami yang sedang berperang.
Penghubung kita adalah doa.

Wahai Jelmaan Gabriel Omar,
Berlegar di ruang fikiran-ku.
Subuh pertama.
Detik kau sedang khusyuk mengalun ayat al-quran.
Di sebelah kau ada anak kecil yang mentah,
Yang hanya tahu susu, main, makan, tidur.

Aku menghampiri kau dengan pakaian putih.
Lalu bertanya;
" Adakah hari ini mama akan pulang? "
Walaupun aku sedia tahu jawapannya.
Kita berdakapan.

Demi Tuhan,
Hati aku tak benarkan kau pulang ke tanah orang.
Hati aku lebih tenang kau berada di sisi.

Moga terus di sisi aku.
Mohon jangan pergi jauh.
Mohon terus istiqomah mencari Tuhan.
Biar kita tidak menjadi makhluk yang bodoh dan rugi.

Yang mana bila sudah nyata berada di Neraka,
Baru terfikir bagaimana mahu menggapai Sorga.

Itu golongan yang bodoh. Dan rugi.

Kalau Jelmaan Gabriel Omar mahu bukti, 2:167
Sungguh Kitab Allah Jazzakallah itu Benar.