20130822

Secawan teh bawa aku pada kunci khayalan tentang Rabia

Lama, aku duduk di beranda, di hadapan kanvas putih separa siap dengan kaler random. Bertemankan secawan teh fragaria dari ladang genting. Kombinasi teh dan kuih raya 'tak laku' memang hormoni. Cair di mulut. Ecehh!

Sedang aku leka berimaginasi berpandukan minda; atas kanvas, datang pemuda-ntah-dari-mana hulur kanvas baharu, ukuran 40x40.

"Lukiskan aku tentang rabia. Mau gantung. Sebagai hiasan dan peringatan."

Aku geleng kepala. Tak. Aku tak tahu.

Pemuda-ntah-dari-mana buat memek kecewa, lalu dia hulur pena dan kertas.

"Karangkan aku puisi tentang rabia. Mau jadikan penanda. Sebagai hiasan dan peringatan."

Aku geleng kepala. Tak. Aku dah cuba. Tiap kali aku ingin mulakan, pena habis dakwatnya.

"Sayangnya, termasuk kau, sudah ke 1001 orang yang aku jumpa; beri jawapan yang serupa."

"Kenapa tidak kau yang mulakan? Kenapa perlu kumpul 1001 jawapan tidak?"

Muka pemuda-ntah-dari-mana makin kecewa. Dan berlalu pergi. Barangkali dia mengutuk aku dalam hati, pemilik jasad yang punya beribu-ribu-ribu-ribu alasan!

***

Sedar. Terasa tuhan datang menamparku. Terjelupok layu.

5 comments: