20130816

Milo pekat secawan sama kotak musik

Kau tahu,
Apa perbezaan masa depan dengan masa hadapan?
Bagi aku ini sesuatu perbualan yang menarik yang kami rungkai.

Jika sihir; boleh dirungkai dengan magis.
Maka persoalan; boleh dirungkai melalui jawapan.

Logik Akal.

Tbh, Aku kurang berminat untuk kembali ke masa lalu.
Aku lebih teruja ingin mengetahui masa hadapan.

Kenapa cipta mesin masa; kembali ke masa lalu?
Untuk cungkil luka lama?
Untuk panaskan yang sudah sejuk beku?

Maka hadapi masa depan,
   Dengan tenang,
      Seperti pahlawan.

Dan,

Yang di masa hadapan, cuma ada 2 kemungkinan;
Sorga. Atau. Neraka.

Sejak darjah satu kita di dedahkan rahsia masa hadapan,
cuma dengan masa kita lengahkan.

Bukan kita. Tetapi, Aku.

7 comments:

  1. teringat dekat doraemon yg ada mesin masa hadapan
    hehe :)

    ReplyDelete
  2. rindu nak tengok citer doraemon
    entry ni penuh bermesej
    moga yg baik itu kita sentiasa amalkan

    jemput baca & komen entry yumida:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete
  3. kau buat aku keliru--
    apa beza masa depan dan masa hadapan?

    * garu kepala

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita berjumpa, aku akan beritahu kau apa yang aku tahu. lebih mudah :)

      Delete
  4. aku juga tak ingin kembali ke masa lalu , penuh dgn kepedihan . .

    ReplyDelete
  5. Aku juga. Mari lihat ke hadapan dan jangan lagi menoleh ke belakang :)

    ReplyDelete