20130829

Ayuh, Terbang Lagi!

Bedtime story. Bau buku ni best. Bau buku lama.

"Apa status kamu?"

"Saya sedang bercinta. Dengan dia (Perakaunan, Ekonomi dan Perniagaan.) Alhamdulillah sudah masuk tahun ke-4. Kami bahagia."

***
(i)
Terima kasih; seseorang. Kerana berkerah tenaga untuk bayar yuran.
Kerana ilmu itu mahal, aku di ajar untuk menghargai-Nya.

(ii)
Terima kasih; semua. Kerana letak kepercayaan di bahu saya.
Umur belasan tahun (Hakikatnya tahun ini tahun terakhir!).
Ahad ni dah daftar degree woi! Kali ini di Bangi.

Sedar sikit diri kau tu dah tua, M! Tapi dhagi lagi tua. Hihi.

20130825

Kaler Air & Sesuatu

Semalam, berteluku dihadapan meja jepun. Dah lama tak main dengan kaler air.
Belajar lihat sesuatu, dan berfikir. Kenapa warna kuning? Kenapa ada lampu? Kenapa ada pasu bunga? Kerana semua ada maksud. Baik atau buruk berpandukan si pemikir. Bukan lihat dengan pandangan kosong sahaja.

Sama seperti hidup. Berfikir. Dan fahami.

***

Masa ini secara tidak sengaja terdengar lagu akim-menunggu.
Fikiran kosong. Tiada bawa maksud. Aku dalam keadaan tenang. :)

20130824

Perpindahan Macik-macik Crayon bersama secawan teh suam

Pindah rumah; moga mereka membiak dgn segar!

Semalam, aku terlebih imaginasi lagi. Kali ini bersama teh strawberi.

"Baiklah Macik2 crayon! Hari ini kita nak berpindah."

Macik-macik crayon melompat-lompat gembira. Yeahhh!

Tiba-tiba, 1 macik crayon-takberbaju menegurku.

"Macik maii, bukan ke rumah kotak secret recipe ni masih elok?"

Aku senyum.

"Macik crayon-takberbaju, Berpindah; bukan maksud saya tempat ini tak elok. Kita berpindah ke tempat baru yang lebih selesa dan persekitaran yang baik; kotak eskrim."

Dan moga, kita dipengaruhi oleh persekitaran baik; jadi orang baik.

Aku terharu; perkongsian ringkas di hadapan Macik2 crayon.

Tiba-tiba, 1 macik crayon-berbaju menegurku.

"Macik maii, awak tu bila nak berpindah (berhijrah)?"

Serius.

Aku koyakkan gak baju macik crayon ni kang!

20130822

Secawan teh bawa aku pada kunci khayalan tentang Rabia

Lama, aku duduk di beranda, di hadapan kanvas putih separa siap dengan kaler random. Bertemankan secawan teh fragaria dari ladang genting. Kombinasi teh dan kuih raya 'tak laku' memang hormoni. Cair di mulut. Ecehh!

Sedang aku leka berimaginasi berpandukan minda; atas kanvas, datang pemuda-ntah-dari-mana hulur kanvas baharu, ukuran 40x40.

"Lukiskan aku tentang rabia. Mau gantung. Sebagai hiasan dan peringatan."

Aku geleng kepala. Tak. Aku tak tahu.

Pemuda-ntah-dari-mana buat memek kecewa, lalu dia hulur pena dan kertas.

"Karangkan aku puisi tentang rabia. Mau jadikan penanda. Sebagai hiasan dan peringatan."

Aku geleng kepala. Tak. Aku dah cuba. Tiap kali aku ingin mulakan, pena habis dakwatnya.

"Sayangnya, termasuk kau, sudah ke 1001 orang yang aku jumpa; beri jawapan yang serupa."

"Kenapa tidak kau yang mulakan? Kenapa perlu kumpul 1001 jawapan tidak?"

Muka pemuda-ntah-dari-mana makin kecewa. Dan berlalu pergi. Barangkali dia mengutuk aku dalam hati, pemilik jasad yang punya beribu-ribu-ribu-ribu alasan!

***

Sedar. Terasa tuhan datang menamparku. Terjelupok layu.

20130821

Watak: Ali and The Five Brother!


"Atas kanvas putih,
Dia lukis permintaan aku.
Sudah selesai; aku puji.
Lalu aku hadiahkan pada Yang Tidak Berkenaan.
Kejinya aku.
#topengAH
"-Many.

Teka. Mana Ali?

Label: Watak

20130816

Milo pekat secawan sama kotak musik

Kau tahu,
Apa perbezaan masa depan dengan masa hadapan?
Bagi aku ini sesuatu perbualan yang menarik yang kami rungkai.

Jika sihir; boleh dirungkai dengan magis.
Maka persoalan; boleh dirungkai melalui jawapan.

Logik Akal.

Tbh, Aku kurang berminat untuk kembali ke masa lalu.
Aku lebih teruja ingin mengetahui masa hadapan.

Kenapa cipta mesin masa; kembali ke masa lalu?
Untuk cungkil luka lama?
Untuk panaskan yang sudah sejuk beku?

Maka hadapi masa depan,
   Dengan tenang,
      Seperti pahlawan.

Dan,

Yang di masa hadapan, cuma ada 2 kemungkinan;
Sorga. Atau. Neraka.

Sejak darjah satu kita di dedahkan rahsia masa hadapan,
cuma dengan masa kita lengahkan.

Bukan kita. Tetapi, Aku.

20130815

Satu rumpun puaka

Kita berkumpul dalam bayang-bayang;
dan tunduk kepada ketakutan.

Kita mencemarkan yang sediakala suci,
dengan kata caci dan maki.

Kita; hanya pejuang suara.
Bersorak di kala terjentik.
Soal yang lain tunggang terbalik.

20130814

Pekan Kasih Sayang

"Macam mana kalau satu hari kita jumpa ramai-ramai. Persahabatan ini kita bawa ke realiti. Suatu manisan yang agak menggiurkan."-@laddna_

Semua ini berpunca; ada sebab. Dunia maya ini punca kita bertemu. Lihat kehidupan lain dengan cerita menarik mereka;

Dess, telah dipenjara oleh #CKM. Masih mempertahankan identiti 3 alam dalam dunia maya; terkadang diri sendiri pi bocorkan rahsia.

Ben, makcik manis bereben besar di kepala. Ganas nak mampos! Tinggal di pulau yang tiada nama. Pujangga yang manis bicara *tabur gula!*

S, pemilik dinding ruang lingkup. Kakak dari um. Penulisan beliau buat aku berfikir sejenak. "Yang bidadari itu hanya ada di Sorga. Engkau siapa?" Sudah lama kita tidak berborak sakan.

Kau tahu, yang sentiasa penuh kotak dindingnya. Rajin. Siapa lagi kalau bukan Reen. Dia pun boleh dikata misteri. Kadang bunga, terkadang layu.

Dhgi, bukan pujangga. Aku belum pernah jumpa dia berpuisi. Mungkin dia simpan untuk bakal istimewa. Atau mungkin dia tak minat berpuisi. Atau hmm Haha.

Men, trademark dia, para gadis hot setap. Aumm

TMM, chelsea-missbeautiful-aina. Keluarga bahagia :')

Asa-siaga, kau. gula. dengan cerita gula. Menyorok belakang topeng.

Dan yang lain.

Dan reader tak berbayar, Oth.

Hai fatin oth ! :P

20130813

yang tenat

Semua membesar dengan cemerlang.
Lihat anak kecil yang nakal suatu dahulu; kini sedang berkerah tenaga minda untuk kutip segulung ijazah.

Pukulan ombak pantai Teluk Gadung terniang. Sisir itu bakal tenggelam. Kalau kiraan hari dan tarikh hilang, mungkin rahmat dari-Nya pudar dari nyata.

Lihat seorang ibu yang terus ditelan usia; tekun siapkan segala pekara. Kini anak muda ambil tugasnya. Tepuk bahu, Ini harta saya.

Awan pagi dipijak-pijak. Malam lelah, siang tak nampak. Hajat hati tinggi melonjak. Habiskan hari dengan hmmm.. dengan apa?

20130808

Teks ucapan raya tahun 2019

Assalammualaikum,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
Daripada Maiizatul. Dan suami--

20130803

Batu Tinggi-tinggi #2

Tinggi batu makin tinggi.
Jangan tinggi-tinggi kalau jatuh rugi
Jangan berhenti susun tinggi-tinggi
kalau tak cuba bila lagi
Jangan lari, kalau lari bila nak tinggi
Jangan
Jangan
Jangan
Jangan

Blblablablaba//

Link: Batu

20130802

Pretend like nothing heaven happen.

Corong-corong radio sudah galak memutarkan lagu raya. Gambar-gambar sahabat sudah dilekat di dinding mukabuka dengan ucapan ringkas kata minta maaf. Para kekasih yang rata-rata buat pertama kali beraya bersama sedang bertelingkah manja untuk pilih warna tema.

Masih ada yang hati kental, buat-buat tak tahu; bakal raya.

Aku. Hmm

Dan mungkin kau. kau. kau.

20130801

Hai Agustus

imijinasi orang sakit.
Hai Encik Agustus,

Aku sendiri teruja. Aku akan bertemu kau, Encik Agus. Cuma pertemuan kali ini lain dengan masa-masa sebelum. Kalau masa sebelum aku malu-malu nak berbicara. Hari ini aku berani nak tabur kau.

Maaf.