20130705

Setiap 1 Ramadhan bermula daripada Ramadhan 2010

Semua ada kisah sama. Sama ada kau yang mendahului pergi. Atau mereka yang kau sayangi. Bagi aku yang terbuku tu biarkan dibuku rapi. Kerana mati itu pasti. Seorang lelaki juga akan tewas. Aku yakin. Walau sekental mana pun, diakhirnya beliau akan menangis kecil.

Aku juga punya cerita. Mereka bilang aku anak yang bakal dihantar ke nereka. Kerana sewaktu mama pergi. Aku tidur. Tak sedar diri. Masa itu 4pagi. Semua nyenyak dibuai mimpi. Beliau pergi dengan aman. Tiada amaran, mahupun tanda. Maha Allah berkuasa. Dan aku sendiri tiada kuasa untuk predik masa hadapan. Walaupun untuk 1 saat.

Namun aku bersyukur mama pergi dengan senyuman.

Pada 1 Ramadhan.

Manis.

5 comments:

  1. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak keberkatan dari yang dulu. :)

    ReplyDelete
  2. Maii..bila rindu sedekahkan la Al Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Mai anak yg baik..think positif dek, stiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  4. abah saya jugak pergi pada bulan ramadhan.
    dijemput azan subuh yang berkumandang.
    3 ramadhan 1434h.jumaat 12 julai 2013.
    rasa macam mimpi. rindu pada arwah abah.

    ReplyDelete