20130730

Kanang

Kalau mau di ukur siapa paling kental dalam keluarga; Amirun. Di sebat pengajaran 2 3 kali masih gagah berdiri. Tahan menangis. Kalau menangis pun 40saat cuma. Salah beliau juga. Sapa suruh menipu. Beli mercun, mancis, sampai tangan melecur.

Kalau menangis gedik tak nak pergi sekolah boleh cecah sampai 30min dengan alasan yang sama!; sakit perut (lapuk).

20130718

I wonder

"Cari calitan kapur putih. Di bahagian hadapan kedai. Kalau dapat dibuang. Badi ini hilang. Ini bomoh siam ini."

Kenapa kamu tak ambil tukul dan bunuh sahaja orang yang kamu dendam? Atau bakar hidup-hidup? Atau Gilis dengan Bulldozer? Atau letupkan dengan bom homemade?

Ohh. Aku lupa. Kamu takut dengan undang-undang manusia.
Undang-undang Tuhan tak apa. Hmm

20130717

Nota Ringkas

Seminggu lepas kebanyakkan hari adalah hari-hari penting yang aku hitamkan dalam diariku. Misalnya di hari rabu punya dua khabar gembira. Pertama, keputusan upu menyebelahiku. Kedua, namaku berada di senarai biasiswa (temuduga).

Dah sampai ke tahap ini, makin takut dengan diri sendiri. Hmmm

20130709

Hai Ramadhan

Hai kawan.
Lama tidak ketemu.
Apa khabar?

20130708

One happy family at home

" One happy family at home! "

Arjo hempas 4 keping kad ke lantai. Muka bangga.

Dr. Dose
Mrs. Dose
Dickie Dose
Daisy Dose

Dengusan kuat dari adik-adiknya yang lain.

" Arghhh.. Malas laa main lagi. "

" Angah main tipu !! "

" Okey, chongg lagi. Sapa kalah basuh pinggan ye! "


****

Kita terlalu berbeda dalam semua, kecuali curahan rasa cinta.

*senyum

20130705

Setiap 1 Ramadhan bermula daripada Ramadhan 2010

Semua ada kisah sama. Sama ada kau yang mendahului pergi. Atau mereka yang kau sayangi. Bagi aku yang terbuku tu biarkan dibuku rapi. Kerana mati itu pasti. Seorang lelaki juga akan tewas. Aku yakin. Walau sekental mana pun, diakhirnya beliau akan menangis kecil.

Aku juga punya cerita. Mereka bilang aku anak yang bakal dihantar ke nereka. Kerana sewaktu mama pergi. Aku tidur. Tak sedar diri. Masa itu 4pagi. Semua nyenyak dibuai mimpi. Beliau pergi dengan aman. Tiada amaran, mahupun tanda. Maha Allah berkuasa. Dan aku sendiri tiada kuasa untuk predik masa hadapan. Walaupun untuk 1 saat.

Namun aku bersyukur mama pergi dengan senyuman.

Pada 1 Ramadhan.

Manis.