20130629

Ini jujur aku

Kepala aku serabut sebenarnya.
Ahh benda mudah. Aku yang payahkan.
Aku yang simpul-simpulkan. Biar makin serabut. Biar makin kusut!
Luahan aku disini semakin tersekat-sekat. Makin buat aku tak jujur dalam aktiviti luahkan rasa. Aku rasa apa yang aku buat segalanya berbatas. Ada yang memerhati. Kemon, aku perlu berada dalam keadaan segar. Udara segar.

Jauh hati,
Aku.

20130626

Kotak memori/ memori kotak,

Ada tiga. Semalam aku buka 2/3 kotak. Bawa keluar memori. Asingkan. Nak buang. Dah sesak kepala.

Susun.

Lama. Sampai berpeluh; pilih nak atau tak nak buang.

Di akhirnya aku simpan semua semula dalam kotak.
Penat.Tidur.

Ahhh.. Bila agaknya aku mampu berpisah dengan 3kotak yang hanya ada kertas semata.

Antara sampah-sampah yang ada; kertas exam, surat chenta, surat amaran, lukisan boring time kuliah dll

20130617

Pelari pecut 100x1 meter.

Semalam terpijak tulang ikan keli
Terdetik kat hati, ada bala menanti. (Ini khurafat!)
Aku pun berlari-lari.

Jangan kejar aku! Arghhhhh..
Kaki terlanggar batu
Aku mengaduh, tapi cepat aku bangun
Pergi dari situ

Dengan luka di kaki
Aku terus berlari, berlari, dan berlari
Tiba-tiba aku berhenti

Siapa kejar aku?

20130604

Mungkin Tuhan sedang mempelihara aku. Dari penyakit Riak.

Haritu, 23April.

Aku agak kecewa dengan prestasi aku. Tapi aku cuba bersikap bersahaja. Di hadapan Iman. Dan semua orang. Sebenar-benar dada aku sendiri berkocak deras. Gilo. Mostly soalan aku main hentam. Gaya macam orang tak belajar.

Kami berjalan menuju ke kompel.

Bagi memulihkan semangat. Aku pujuk diri aku. Dengan ayat-ayat yang mampu sedapkan hati.

(Aku selalu begini lahh bila resah. Cuba pujuk hati)

"Iman, Mungkin aku tahu sebab-sebab kalau Tuhan tak izinkan A."

"Kenapa?"

"Mungkin Tuhan sedang mempelihara aku. Dari penyakit Riak."

..Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah Yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. 02:216

Esok, 05June.

Tawakal.

Rasa macam nak hadiahkan SevenLejen kepada diri sendiri. Hahahaha.