20130503

Pengkritik Bervoltan Tinggi

Bangunan pencakar langit berdiri gah makin tinggi
Minda dan mentaliti manusia juga harus selari
Ya. Aku benarkan. Setengahnya selari tapi masih ada macam padi
Kejap kanan. Kejap kiri.
Ya. Aku benarkan lagi. Hidup lebih bermutu apabila ia tidak terlalu statik
Aku sendiri pakai idea-idea ini.

I.

Manusia dan semangat Asabiyyah.
Ketua dipilih bersandarkan majoriti. Minoriti dipijak.
Nah. Kalau majoriti itu terdiri daripada manusia bahlol-bahlol belaka
dan minoriti itu punya minda luar biasa?

II.

Minoriti diminta beri pendapat. Mereka beri. Kemudian dibantah.
Beberapa seketika dikalangan majoriti yang lain pula bersuara.
Mengkritik golongan minoriti pemalas. Tak reti buat kerja. Apakah?

III.

Anak Muda dan Inchee Puhan Lewat Usia.
Sebab title Aku dewasa, Aku nak sumbat-sumbat mulot anak muda dengan 'nasi' Aku.
Telan! Telan bolat-bolat!!! Jangan kutik satu soalan pun!!! Kau anak muda tak layak menyoal!!!

IV.

Kemudian Aku nak Kau berak. Keluar sebutir-sebutir nasi.
Aku tak nak tahik hitam/coklat/kuning/berlendir. Aku nak betul-betul putih padat nasi.
Hanya Aku boleh buat begini sebab Aku makan garam!

2 comments:

  1. Makin biadap penulisan kau

    ReplyDelete
  2. tuan tanah ke daungMay 11, 2013 at 2:37 AM

    hidup jangan ada di takup lama shj.

    ReplyDelete