20130508

Bumi dipijak, Langitku junjung.

Disitu bumi dipijak, langit dijunjung.
#Played (Musicbox-My Heart Will Go.)

Sabtu terakhir.
Langit seakan tahu kami akan berpisah.
Setiap pagi apabila mata tertancap pada bulan penuh, cepat-cepat hati bertasbih. Hanya orang yang beruntung sahaja dapat bertemu dengannya.

Bila matahari segak meninggi di sebelah selatan, semua mata mengagumi kebesaran-Nya. Untung kepada yang tidak ponteng kelas. Walau terik, tetap bersyukur. Merungut jangan, nanti makan tuan.

Petang bertandang sambil melukis biru langit dengan warna putih kapas. Untung juga, pada sesiapa yang keluar bermain. Magrib yang ditunggu, simbahan cahaya oren, kadangkala merah lembut, kagum menyelubungi diri. Paling untung manusia yang duduk di kolej A2.

Terpisahnya kami bukan seperti cinta kartun yang hangat budak sekolah bikin. Terpisah kami kerana kami sedang belajar menghadapi dunia yang rakus. Biar masa depan negara diterajui golongan minda kelas pertama. Bukan minda yang jelas dan nyata dijajah oleh kuasa dan harta. Eh.

#Pause.

2 comments:

  1. Dezee nk komen mcm puitis2 juga..tapi x reti..ni cerita pasal bru habis belajar ker apa? Still xfaham dgn post kiasan lagi.hahaha

    ReplyDelete
  2. Mari kita belajar jd manusia minda kelas pertama!

    ReplyDelete