20130530

Yang Bakal Mati

"Malam ini ada majlis tahlil di rumah mak lang."

Aku angguk. Walaupun perbualan ini atas talian. Baiklah.

Selepas solat magrib dirumah, kami sekeluarga bertolak ke rumah Mak Lang di Jalan Jabbar, Meru.

Duduk di satu sudut. Tetamu mula penuhi ruang tamu.-- Ruang utama untuk muslimin. Ruang tamu kedua untuk muslimat.

Dimulakan dengan sepatah dua kata oleh tuan rumah- Pak Lang. Kemudian Ustaz Rahim ambil tugas kendalikan majlis. Aku hayati satu per satu suroh dan beberapa minit kemudian 'terbang'.

Terdekit. Nama tersenarai di list arwah.

...Wa ila ruhi amatikal faqiroh Maiizatul Akma. Wa usulihim wa furu ihim... --Al-Fatihah--

Tak lama lagi...

20130518

Watak: Puteri Adewera dan Khayalan Beliau.



Tak penting tahu siapa aku.

Tak.

Memang tak penting.

Cukup hanya tahu aku Adewera.

Aku diwujudkan dengan perasaan yang yang aku sendiri tak tahu.

Ini semua sebab beliau tak boleh tidur.

Beliau telan Ice Lemon Tea dua tiga teguk.

Ambil pencil dan 4A paper dan sedikit khayalan.

Maka, aku pun wujud.

Label: Watak

20130516

Asma Afthantu Nisa

Malam sebelum semua berakhir. Dia pesan,
" Maii, habis paper terus datang surau, jumpa saya disana."
Aku hanya angguk. Mata tertumpu pada kertas-kertas yang bersepah atas meja, cuma telinga mengambil kesah setiap bait yang dikata. Aku syak dia juga buat benda yang sama. Aku sendiri kagum dengan kekuatan dia. Idea-idea yang dia pakai. Idea yang segar-bugar.

Malam terakhir ini aku cuba lenakan mata dengan tenang. Selalunya aku tertidur dipojokan kerusi, dibawah meja, tetapi untuk nikmati hari terakhir aku tempatkan diri aku di atas tilam empuk. Sedikit keras. Mungkin akibat jarang manusia menghempaskan diri ke atasnya. Mungkin.

Kebelakangan ini, semasa kami berdiskusi santai sambil nikmati milo panas dan roti kering di waktu petang, hal-hal kahwin, suami, solehah sering di bangkitkan. Mungkin normal untuk kami-kami yang sedang meningkat dewasa. Kalau ada orang-orang tua, comfirm di cop miang. Mereka kan di antara orang-orang yang makan garam terlampau banyak. Mulut terlalu masin sehingga mampu memakbulkan setiap yang dibicara.

Lama aku berkhayal, di akhirnya aku tertidur juga.

Aku akan rindu kau, Asma.

20130515

Gerimis rahmat

Semua tak mahu duduk barisan hadapan
Takut terkena tempias gerimis rahmat
Aku tawar diri duduk baris hadapan kerusi kedua paling tepi
Aku sediakan payung emas biar tak terkena gerimis rahmat

Lama-kelamaan aku malas nak pegang payung emas
Ah, lantaklah kalau aku terkena gerimis rahmat
Untung-untung gerimis rahmat yang keluar dari cikgu dapat berkat.

Many,050212.

20130513

Hari tua kau telah tiba, aku sebagai anak akan berusaha! Tunaikan janji bonda.

"Siapa aku mahu melawan jaguh? Belum ditembak aku menggelupur."-Themany.

20130508

Bumi dipijak, Langitku junjung.

Disitu bumi dipijak, langit dijunjung.
#Played (Musicbox-My Heart Will Go.)

Sabtu terakhir.
Langit seakan tahu kami akan berpisah.
Setiap pagi apabila mata tertancap pada bulan penuh, cepat-cepat hati bertasbih. Hanya orang yang beruntung sahaja dapat bertemu dengannya.

Bila matahari segak meninggi di sebelah selatan, semua mata mengagumi kebesaran-Nya. Untung kepada yang tidak ponteng kelas. Walau terik, tetap bersyukur. Merungut jangan, nanti makan tuan.

Petang bertandang sambil melukis biru langit dengan warna putih kapas. Untung juga, pada sesiapa yang keluar bermain. Magrib yang ditunggu, simbahan cahaya oren, kadangkala merah lembut, kagum menyelubungi diri. Paling untung manusia yang duduk di kolej A2.

Terpisahnya kami bukan seperti cinta kartun yang hangat budak sekolah bikin. Terpisah kami kerana kami sedang belajar menghadapi dunia yang rakus. Biar masa depan negara diterajui golongan minda kelas pertama. Bukan minda yang jelas dan nyata dijajah oleh kuasa dan harta. Eh.

#Pause.

20130503

Pengkritik Bervoltan Tinggi

Bangunan pencakar langit berdiri gah makin tinggi
Minda dan mentaliti manusia juga harus selari
Ya. Aku benarkan. Setengahnya selari tapi masih ada macam padi
Kejap kanan. Kejap kiri.
Ya. Aku benarkan lagi. Hidup lebih bermutu apabila ia tidak terlalu statik
Aku sendiri pakai idea-idea ini.

I.

Manusia dan semangat Asabiyyah.
Ketua dipilih bersandarkan majoriti. Minoriti dipijak.
Nah. Kalau majoriti itu terdiri daripada manusia bahlol-bahlol belaka
dan minoriti itu punya minda luar biasa?

II.

Minoriti diminta beri pendapat. Mereka beri. Kemudian dibantah.
Beberapa seketika dikalangan majoriti yang lain pula bersuara.
Mengkritik golongan minoriti pemalas. Tak reti buat kerja. Apakah?

III.

Anak Muda dan Inchee Puhan Lewat Usia.
Sebab title Aku dewasa, Aku nak sumbat-sumbat mulot anak muda dengan 'nasi' Aku.
Telan! Telan bolat-bolat!!! Jangan kutik satu soalan pun!!! Kau anak muda tak layak menyoal!!!

IV.

Kemudian Aku nak Kau berak. Keluar sebutir-sebutir nasi.
Aku tak nak tahik hitam/coklat/kuning/berlendir. Aku nak betul-betul putih padat nasi.
Hanya Aku boleh buat begini sebab Aku makan garam!

20130502

Pulang ke sarang.

Sudah.
Sayang.
Aku sudah pulang ke sarang.
Rasa nikmat dalam rangkuman-Mu.