20130324

Menjiwai setiap kebabian Kamal Atartuk

Satu sudut.
Sunyi. 

Lampu dilindung oleh timbunan buku-buku komunis yang didik manusia guna nafsu. Bangku kuning tempat aku dipersilakan untuk berimaginasi dunia. Masa rehat lelah. Tangan rakan penuh dengan makanan kurang kahsiat. Aku pula isi perut dengan huruf-huruf dek kerana habuk poket terburai. Biarlah. Aku tahan. Duit biasiswa kerajaan masih tersekat. Ntah masuk bulan ini ntah kan tidak.

Lembaran cerita Kamal Atartuk dibuka. Buku usang. Dikulitnya, penuh dengan cop tarikh dan nama peminjam. Senyum. Hebat. Moga Allah limpah rahmat kepada mereka. Dan moga Allah gerakkan hati sesiapa yang bertemu buku ini untuk mengetahui isinya. Biarpun cover buruk, isi nya mahal. Sangat mahal.

Selesai menelaah, aku lihat ideologi yang ditanam pada pemikiran rakyat turki seakan-akan terbawa ke tanah ini. Salah satu adalah jika ingin maju kehadapan, agama dan 'sesuatu isu' perlu di asingkan. Kerana agama, sesebuah negara itu tidak akan maju. Malangnya, ideologi beliau hanya mengubah rohaniah, lahiriah mereka masih mundur. Mujur tanah ini belum mempraktikan sikap dimana-mana sahaja anda bisa lovebite. Paling koman kita lihat kekasih berpegang tangan. Heh. Konon sehabis sweet mereka lakukan.

Kalau dikritik kerajaan, memang terserlah ehemm ehemm. Cuma apa yang aku ingin kalamkan, doa yang akan dimakbulkan adalah doa pemimpin yang adil. Kalau kapten kapal tahu selok belok laut, sudah tentu kapal dapat dipandu dengan lancar. Pemimpin dalam konteks kecil adalah pemimpin dalam isi rumah. Ajarkan isteri dan anak-anakmu mengenai agama. Jangan biarkan mereka dedahkan aurah.

Remaja juga ada kebabiannya. Ditunding jari setiap persalahan kerajaan. Bebelan mengatakan kerajaan guna duit rakyat ke jalan yang salah. Diakhir cerita, benda yang sama remaja bikin. Misalnya, baucer buku. Diberi untuk ringankan beban beli buku dan galakan untuk membaca. Tetapi disalah gunakan dengan membeli speaker, keyboard, beg. Ada yang nak mengaku?

Diakhir kali, terima kasih sepi temankan aku saat kegoncangan perut. Krrrrrr. Krrr.

20130315

Stress nikmat

Wa tak kesah berapa banyak jerawat naik muka. yang wa kesah kau pinjam lecture note wa buat lecture note wa macam adik-adik lu punya! :) Ya, wa gembira.