20130207

Review: Who Moved My Cheese?

Music box dihidupkan, Canon in D Major. Secawan coklat panas jenama super berkepul-kepul asap gelojoh ke atas. #pause.

Who Moved My Cheese karya Dr.Spencer Johnson adalah buku motivasi yang disandarkan pada sebuah cerita seakan-akan bed story time. Buku ini ada spiritnya yang tersendiri. Selesai menghadam, perasaan saya seperti baharu. Freshh. Ice Lomen Tea. Heh.

Ada dua pemain watak utama. Sniff, Scurry dan Ham, Hew. Iaitu tikus dan manusia kerdil. Pada mulanya, penulis sampaikan rutin harian mereka iaitu mengumpul Cheese yang diambil di Cheese Section C. Apabila dipertengahan cerita, rutin harian mereka terganggu apabila Cheese Section C telah tiada. Ham dan Hew tidak dapat menerima perubahan dan kenyataan bahawa Cheese Section C kosong. Mereka kaget, marah dan degil menunggu Cheese yang ntah-datang-ntah-kan-tidak. Beda dengan Sniff dan Scurry. Apabila mengetahui Cheese Section C kosong, mereka terus melakukan perubahan dengan mencari Cheese di Section lain walaupun ntah-dapat-ntah-kan-tidak.

Saya rasa, ada baiknya kalau kalian menghadam. Lebih terasa spiritnya. Lebih-lebih lagi untuk orang sukar menerima perubahan. Marah dan bengang apabila sesuatu yang dicita tak dapat dinikmati.

Nikmatnya buku ini simple, ringkas tetapi padat. Tak perlukan otak hiperbola tahap tinggi. Elok juga untuk sesiapa nak ambil MUET. Bacaan tambahan. Heh

--Music box dimatikan. Angkat cawan pergi ke sinki dan pergi.

2 comments: