20130212

di:am

kembali ke mood silent. untuk kali terakhir. in shaa allah. doakan terbaik untuk ummat islam. 

assalammualaikum. peace!

20130208

Jilo, Bro Do dan Mesen Massa

credit: timun punya menan.
Stesen terakhir menuju masa hadapan//

" Jilo Bebeh, berangkat yuk? "

" Bro Do, gua tak takut pergi depan. Cuma-- gua tunggu hint dari Tuhan. " Saliva busuk dikesat.

" Sukati kau lah Jilo. Akan tiada lagi stesen ke masa depan, tinggal hang sorang je kat sini. "

" Hmmmmm.. "

"Jangan lupa bagi Coffi makan. Satu-satunya hewan yang tinggal. Aku tinggalkan dia sebab haritu aku nampak dia romen dengan Tazo. Mana tahu bunting, menyusahkan aku atas kapal kelak. "

" Hmmmmmm.. "

 "Selamat Tinggal. Jumpa di kehidupan depan. "

" Jelaka. Okey--- "

--Selimut letuek diperkemaskan. Sambung berdengkur. Zzzz. Lazat. Lazat. Lazat.

20130207

Review: Who Moved My Cheese?

Music box dihidupkan, Canon in D Major. Secawan coklat panas jenama super berkepul-kepul asap gelojoh ke atas. #pause.

Who Moved My Cheese karya Dr.Spencer Johnson adalah buku motivasi yang disandarkan pada sebuah cerita seakan-akan bed story time. Buku ini ada spiritnya yang tersendiri. Selesai menghadam, perasaan saya seperti baharu. Freshh. Ice Lomen Tea. Heh.

Ada dua pemain watak utama. Sniff, Scurry dan Ham, Hew. Iaitu tikus dan manusia kerdil. Pada mulanya, penulis sampaikan rutin harian mereka iaitu mengumpul Cheese yang diambil di Cheese Section C. Apabila dipertengahan cerita, rutin harian mereka terganggu apabila Cheese Section C telah tiada. Ham dan Hew tidak dapat menerima perubahan dan kenyataan bahawa Cheese Section C kosong. Mereka kaget, marah dan degil menunggu Cheese yang ntah-datang-ntah-kan-tidak. Beda dengan Sniff dan Scurry. Apabila mengetahui Cheese Section C kosong, mereka terus melakukan perubahan dengan mencari Cheese di Section lain walaupun ntah-dapat-ntah-kan-tidak.

Saya rasa, ada baiknya kalau kalian menghadam. Lebih terasa spiritnya. Lebih-lebih lagi untuk orang sukar menerima perubahan. Marah dan bengang apabila sesuatu yang dicita tak dapat dinikmati.

Nikmatnya buku ini simple, ringkas tetapi padat. Tak perlukan otak hiperbola tahap tinggi. Elok juga untuk sesiapa nak ambil MUET. Bacaan tambahan. Heh

--Music box dimatikan. Angkat cawan pergi ke sinki dan pergi.

20130205

Bogelkan aku, Tuhan!

Herdik ku sarong, Maki ku telan.
Ego ku lindung, separuh babi ku tahan.

Air diteguk dihadamkan. Tarian dilembutkan.
Lengguk dihidupkan. Suara dilunakkan.
Dibukak lobong-lobong, lohong-lohong,
Terpekik terlolong. Berbondong-bondong.

Berlari ke putih, Sambil tetes air.
Teriak pada Tuhan.
Bogelkan aku, Tuhan! Bogelkan aku! --dari pakaian NERAKA ini.

aku,
many.

20130204

Bila Lari Dunia

Dia ini spesis bidadari yang tak ditunggu-tunggu
Muka hitam, mata pun hitam.
Tangan kematu, duduk tak pernah bersimpuh.
Hati kayu, kepala pun batu.
Suara selalu menyentak apabila tersentap.
Bila datang sayap minta bertuan
Dia tunduk beri laluan pada yang perlukan
Dia tak layak dapat piala
Seperti bidadari yang wangi. 
Cuma--aku mau bunga yang teguh, mahkota yang jagoh.

Bilalari,
Many.

20130202

Holiday Maker 2.0

Bapak wa ambil kat airport pakai saga kerepot.
Parking tengah-tengah main gate. 
Perghhh, muka wa bangga giler. 
Wa tunjuk kat dunia, ini bapak wa. 
Bapak kesayangan wa!

Sabar sayanggg-ku. 
Wa ada bawak balik skecthbook. 
Nanti wa share. 
Wa nak pi duduk bawah ketiak bapak wa ni. Babaiiii.

maii.rocka.rocka.aliiiiii.baba.bujang.lapok