20121119

Watak: Tummus, Adella, Alfi&Albab serta Lowran

Sedang manusia enak dibuai mimpi
Dia sedang menangis teresak-esak
Guman hati ingin mati
Sedia kala gila
Oh, dunia ini kiranya sudah tidak damai
Ramai yang rakus kejar warna emas
Dipijak-pijak.

Benarkah?
Maii

***

#1.Tummus
Aku punya sayap. Manusia pikir aku bisa terbang. Malangnya aku juga dikurniakan kaki. Kaki bukan sebarang kaki. Kaki milik kuda lahabau. Malah dikunci. Agar aku tidak lari. Mukaku di topengkan agar hilang keserian warna wajah mulus. Agar lelaki yang meratahku tidak teragak-agak melakukan dengan nafsu jijik.

#2.Adella
Aku peri kecil yang dicemari. Zaman dulu kerabatku sungguh terkenal dengan kemuliaan dan kesucian. Lihat saja kejayaan Thinker Bell, moyangku, bersahabat dengan Peter Pan. Diberi pujian sama dewa-dewa. Malang sungguh aku dilahirkan zaman manusia rakus sehinggakan tak cukup dengan manusia, aku juga turut sama dicemari.

#3.Alfi&Albab
Kami berdua boneka. Yang direka untuk mensuakan makanan enak-enak kepada pemerintah dan kuncu-kuncunya. Kami menghasilkan kek dengan jenama CakeHouseTahik. Setiap kek yang kami hasilkan mempunyai perisa yang berbeda. Salah satunya ialah 'Bored'. Fungsinya agar si pemakan akan mudah berasa bosan dengan sesuatu benda. Lalu akan gunakan keganasan untuk menumbangkannya.

#4.Lowran
Aku lelaki. Senang cerita aku dayus. Minda aku di setkan untuk membunuh, memberontak, mengeji. Tanganku tidak pernah berada dihadapan malah sentiasa dibelakang.

PTAR 1, Uitm Shah Alam/November 14/Pagi nak masuk petang.


6 comments:

  1. Ni watak2 Maii yg reka ke? Tinggi imaginasi..

    *tapai goreng tu akak beli kat Setiu, T'ganu.

    ReplyDelete
  2. ah jauhnya kak. tak dapat lah maii makan.

    ReplyDelete
  3. wuuuu watak anak perempuan mata butang ada tak? alah yg mcm coraline tuuu

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku kagum. especially lukisan tu./.. =)

    ReplyDelete
  5. aku tak faham.. lepas tgok gambar tu .. ouhh..

    btw, cantik hang lukis .. kalau aku nak lukis yg ada sayap tu. mau jadi kaki tambahan :))

    ReplyDelete
  6. perghhh!!! cayalah kau!

    #jeles sipi sipi

    ReplyDelete