20121124

mood:silent (again)

lemah hati nak cakap aku terpaksa berada di mood silent lagi sekali. arhh.

setiap hari adalah hari yang sama
5 bangun 8 kelas 4 balik hostel 5 tidur 7 mandi 8 study 12 tidur 5 bangun 8 kelas 4 balik hostel 5 tidur 7 mandi 8 study 12 tidur 5 bangun 8 kelas 4 balik hostel 5 tidur 7 mandi 8 study 12 tidur dan terusnya sehingga 3bulan.

Sunyi sepi,
Aku

20121123

TERSIRAT

manusia ini ego. sorok perasaan. tak kira apa keadaan. sorok selagi boleh. gila gamaknya. kesian badan. sukar nak cerna perasaan.

***

"kenapa?"

"tak la, malu"

"vanilla kopi"

"manis pahit-pahit. kan"

"itu ubat"

"rasa ubat tak sedap ok"

"ubat batuk ada perisa strawberi"

"untuk kanak-kanak. kau kanak-kanak ke?"

"kanak-kanak lagi kak"

tersirat.

***

yang taknak balik penang,
aku lahhh! siapa lagi?!

20121119

Watak: Tummus, Adella, Alfi&Albab serta Lowran

Sedang manusia enak dibuai mimpi
Dia sedang menangis teresak-esak
Guman hati ingin mati
Sedia kala gila
Oh, dunia ini kiranya sudah tidak damai
Ramai yang rakus kejar warna emas
Dipijak-pijak.

Benarkah?
Maii

***

#1.Tummus
Aku punya sayap. Manusia pikir aku bisa terbang. Malangnya aku juga dikurniakan kaki. Kaki bukan sebarang kaki. Kaki milik kuda lahabau. Malah dikunci. Agar aku tidak lari. Mukaku di topengkan agar hilang keserian warna wajah mulus. Agar lelaki yang meratahku tidak teragak-agak melakukan dengan nafsu jijik.

#2.Adella
Aku peri kecil yang dicemari. Zaman dulu kerabatku sungguh terkenal dengan kemuliaan dan kesucian. Lihat saja kejayaan Thinker Bell, moyangku, bersahabat dengan Peter Pan. Diberi pujian sama dewa-dewa. Malang sungguh aku dilahirkan zaman manusia rakus sehinggakan tak cukup dengan manusia, aku juga turut sama dicemari.

#3.Alfi&Albab
Kami berdua boneka. Yang direka untuk mensuakan makanan enak-enak kepada pemerintah dan kuncu-kuncunya. Kami menghasilkan kek dengan jenama CakeHouseTahik. Setiap kek yang kami hasilkan mempunyai perisa yang berbeda. Salah satunya ialah 'Bored'. Fungsinya agar si pemakan akan mudah berasa bosan dengan sesuatu benda. Lalu akan gunakan keganasan untuk menumbangkannya.

#4.Lowran
Aku lelaki. Senang cerita aku dayus. Minda aku di setkan untuk membunuh, memberontak, mengeji. Tanganku tidak pernah berada dihadapan malah sentiasa dibelakang.

PTAR 1, Uitm Shah Alam/November 14/Pagi nak masuk petang.


20121118

Memek

"Semua soalan mengenai kau dijawab dengan muka toya dan kering.
Tak terkuak walau aku tahu nanti aku juga akan jadi salah satu suara kata putus."

Yang biadap,
Aku.

20121115

Kebelakangan Ini


Sebagai pemilik bagi jasad dan rohku
Aku merasakan perubahan
Jika aku kembali menoleh tahun belakang
Aku jumpa seorang perempuan
Yang selalu beria-ria menegakkan alirannya
Aliran yang melawan graviti bumi
Ditambah ego. Kaki tangan pemberontak.
Bila gaduh pakai seluruh anggota badan.
Bangga dengan setiap kedegillan yang dicipta.
Khayal dengan syurga dunia.

Tahun ke 18 kehidupan-nya aku jumpa sesuatu.

Adakah itu hijrah?

20121112

Burung Prenjak


"Ada burung prenjak berkicau, katanya mau ada tamu.
Jadi, kalau mau sering kedatangan tamu, piara aja burung itu!"-Pak Joko

20121111

Pinjam sayap

Hujan. Pantulan cahaya bintang buatan 'kami' dari tingkap cermin dari meja studi asma.

"Aku akan setia dengan mereka yang aku bisa beri sayap biar bersama terbang masuk surga."

Asma, ketinggian. kecil molek anggun sebiru kasih. gadis yang sentiasa bangkitkan aku bertemu Allah di dalam sujud.

Shima. Gadis ini bisa buat aku tersenyum girang panjang sampai ke telinga. sebagai bahu untuk aku lepaskan rasa pilu hati. menangis di pangkunya buat aku tenang. tersenyum.

Asiah. Peribadi yang terpuji. Yang sentiasa memberi pinjam deria dengar setiap celotehanku yang kusut. yang sentiasa memberi aku semangat.

Mekti. Layak memegang gelaran ibu mungkin. hehe. Gadis yang mengingatkan aku tentang dosa pahala. dia juga mengingatkan ku yang dosa itu tetap dosa. mencuri guna tangan tetap terima dosa. yang memberi sedekah guna tangan kiri tetap dikira pahala.

Yah. Attitude kebudakan buat aku senang bersahabat dengannya. Gadis ini ingatkan aku tentang tali Allah yang sudah lalu tergantung hanya menunggu aku menyambut.

Nabila. Kalau bertemu senyuman kami tak lekang di bibir. manisssss.

Dalam keadaan sedar. Tangan aku menulis "sahabat till jannah" :D

Yang sudah selesai sem satu,
maii

20121101

noʊˈvɛmbər

Hi.
Buat hati yang kosong
Hujan pagi melolong
Rintik basah tingkap. Laju.
Seperti selalu. Terketuk hati.
Layu.

Pendam,
Maii