20120824

Lama

Pontian Kechil. Enam lebih. Hujan Renyai-renyai.

Bila kerata aku masuk ke halaman rumah arwah atuk
Aku bajet cool, jaga air mata. Tahan. Arah jangan keluar!
Eda dah bantai buat lawak. Konon nak padam mood sedih.
Mula-mula berjaya-lah-kut.

Turun.

Baba dah start ambil mood pedih. Aku keluar slow-slow.
Memang semak teramatlah semak. Depan rumah ada tandas. Tepi tandas tu ada pokok besar. Akar dah keluar. Tepi rumah dulu atuk taman pokok yang kat kubur tu. Penuh. Jadi kering.

Mata pandang tangga rumah. Itu dulu tempat aku panjat-panjat.
Panjat tiang tangga lompat masuk ikut tingkap. Tinggi woo.
Bila arwah mama nampak. Membebel.

" Nanti engkau dah jatuh baru tau langit tu tinggi ke rendah! "

Pernah sekali jatuh. Konon nak mintak simpati. dan dan mama bebel

" Hahhhh kapok! Mama dah cakap dah! pergi buat lagi biar hilang kaki "

Sekarang, bila aku datang tingkat tertutup. Tangga dah usang.

Jalan ke belakang. Mata pandang kandang itik. Dah runtuh. Itu itik arwah atuk. Dulu setiap kali balik raya, atuk korban 2 ekor itik!
Nenek buat itik masak kicap. Perghhh! Meleleh wei.
Oh lupa. Dulu aku tak panggil itik. Aku panggil bebek.
Setiap petang aku dengan adik beradik aku bantai pi kejar itik satu laman. Sampai semput itik tu.

Atuk mat adik nenek ada bela landak. Daging landak pun aku bedal jugak.
Keluarga aku tolak batu dengan kayu. Kesusahan itu ajar kitorang untuk makan tak memilih. Tak ada istilah geli nak makan. Lagipun baba askar. Faham-faham lah life diorang kan.

Belakang. Sayu. Pilu.
Berakhirnya kebun nenas bertukar kepada semak dan pokok kelapa sawit?
Tempat aku berlari-lari hilang. Air mata baba dah deras.
Siapa sangka tempat bergurau, tempat bermain, tempat mandi
Hilang seri. Yang ada cuma memori.

Hampir 5 tahun aku tak jenguk rumah ni. Rumah papan. Dah kena makan anai-anai. 2 3 bulan lagi diramalkan runtuh.

Mula-mula Pacik Feri pergi dulu.
Atuk follow. Mama ikut.

Lepas ni siapa?

Tambahan:
Tilam kuning.
Tilam ni kecil je. Muat untuk seorang.
Tilam ni jadi rebutan. Belum sampai rumah atuk lagi, aku dah booking.
Selalu aku dengan Angah la berebut.
Dia ganas. Lelaki. Dia la dapat.
Biar aku bocorkan rahsia dia. Dulu dia kuat ngompol ok! Nahhh!

Al-Fatihah. I love u mama.

6 comments:

  1. mai rindu mama?
    :)


    selamat hari raya mai.

    ReplyDelete
  2. kenangan yang lama itu kadang2 sayu ye...

    semoga tabah untuk hari mendatang...

    ReplyDelete
  3. al fatihah.

    kita yg masih bernafas ni kena sentiasa lah beringat

    ReplyDelete
  4. alfatihah buat mereka

    sy mkn landak

    rse sedap je

    ReplyDelete
  5. Firt time baca blog yang Dezee xtau nak tulis apa..ini pun hati yang berkata.Jari ketuk2 keyboard juga. Ok2.Dezee diam balik ya..

    ReplyDelete
  6. gua suka ayat mood pedih...
    macam kena tempias air bawang jer..
    ha3...

    ReplyDelete