20120519

Powerbee & Raksasa Zetton

Powerbee bee bee bee.  Skecth,time: In middle Night!

" Jahanam kau raksasa Zetton!"

Powerbee berdiri dihujung dahan pokok sambil menekan dada.
Sayap putihnya hampir putus akibat terkena panahan api dari mulot Raksasa Zetton. Raksasa Zetton pula berdiri megah di satu sudut.
Muka hodohnya diangkat angkuh. Tanda kemenangan bakal menjadi miliknya.

" Hahahahahahahaha! Kau akan kalah Powerbee haktuih! "

" Aku heroin! Heroin akan menang diakhirnya! "

" Engkau pasti? "

" Memang begitu kan dalam setiap plot cerita, heroin menang ! Kau nak lawan takdir? "

" Ahh, di zaman Milenium ni apa-apa boleh berlaku. Akhir zaman. Aku mandikan saja tuan director dengan wang bawah meja. Tentu dia setuju untuk menangkan aku. "

" Kurang ajar! Dasar Raksasa Zetton Khufarat! "

" Haahhahahahahaha! Lagi pun zaman sekarang manusia terlalu mahukan perubahan. Zaman gulingkan benda yang mereka rasa perlukan perubahan! Lebih-lebih lagi dengan adanya pengecip dan muka buku. Lebih pantas tersebar propaganda yang aku bawa. Sudah tentu-tentu pengaruh aku kuat disitu! Lupakan lah hasrat kau itu Powerbee. Dunia kini bukan untuk homosapien baik-baik macam kau! "

" Arghhhh! Engkau tamak Zetton! Kau tidak berha .... "

Se zas api keluar dari mulot Zetton sebelum sempat Powerbee ingin menasihatkannya. Terbakar kering Powerbee.

Ahh, memang begitukan selalunya? Matikan seseorang itu tanpa dengar penjelasannya? Pikir Zetton sambil berlalu pergi. Dunia sekarang untuk orang-orang kejam sepertinya.

Engkau kejam, engkau akan dapat kuasa, harta, pangkat dan sebagainya.

Oleh kerana qoutes yang Zetton jumpa dalam goodreads ini lah,
(semasa buat riview buku) bikin Zetton penasaran mahukan dunia !

7 comments:

  1. hish baik-baik, mungkin raksas zetton pun berdaulat jugak ;-p

    ReplyDelete
  2. fuh....

    itulah realiti dunia zaman sekarang.

    ReplyDelete
  3. cerita dalam cerita..huhuhu..
    bagus msej sampai dalam bentuk cerita ringan. skrg mmg beza dgn dulu.skrg apa pun bole jd.

    ReplyDelete
  4. ayat dia mantap sangat....senget benget baca balik bagi faham...

    ReplyDelete
  5. dunia!
    sogok sikit semua benda jalan.tapi bagi aku lebih baik mati kering dari kena azab nanti..

    ReplyDelete