20120427

Review : For One More Day

Judul: Untuk Sekali Lagi (For One More Day)
Penulis: Mitch Albom
Alih bahasa: PTS Litera Utama
USA,1997. 247 halaman

For One More Day(FOMD) adalah buku non-fiksi hasil karya Mitch Albom.
Kisah seorang pemuda, Charley Benetto dan ibunya yang sudah tiada.
Charley telah putus asa dengan hidupnya membuat percobaan bunuh diri.
Percobaan kali ke-3 dia mahu berakhir di tempat dia dibesarkan, Pepperville Beach, melalui cara terjun dari menara tangki air.

Untuk ke sekian kalinya, Charley masih tak mati juga (liat nyawa dia ni).
Apa yang terjadi ialah dia terlihat wajah ibunya yang telah meninggal dunia. Dihadapan dia !

Adakah saya sedang berkhayal? Patutkah saya pergi kearahnya?
Adakah dia umpama buih nanti, yang akan pecah bila saya menghampirinya?

[ms 49, paragraf 2]

Saya melakukan sepertimana kamu juga akan lakukan.
Saya memeluk ibu seolah-olah tidak mahu dilepaskan.

[ms 50, paragraf 2]

Ahh, indahnya! Aku mengulang baca paragraf ini berkali-kali.
Bahkan along aku sendiri tereber. Paragraf ini bermakna untuk mereka yang di dalam braket. *senyum

Satu persoalan yang FODM bangkitkan dari awal ialah
"Apakah akan anda lakukan jika anda diberi peluang melalui semula satu hari bersama orang yang kita sayang, yang sudah pun pergi (meninggal dunia)?"

Teknik plot yang diaplikasikan kebanyakkannya ialah teknik imbas kembali.
Salah satu daripadanya,

Ayah saya berpesan,
"Kamu boleh menjadi anak manja ibu ataupun anak manja ayah.
Tetapi kamu tidak boleh menjadi kedua-duanya. Jadi rapatkan diri kepada yang mana satu kamu fikir kamu akan kehilangannya nanti."

[ms 25, paragraf 1]

Buku ini mampu buat aku tersenyum bila memori masa muda terbangkit.
Lebih kepada nostalgia sebuah 'keluarga'. Makan. Main. Kena rotan.
Mampu buat aku rasa hiba kerana semua telah berlalu dan sekarang aku sedang meniti alam dewasa!. Dan paling penting, menyedarkan aku tentang kehebatan IBU.

Masa kecil aku pikir bila aku makin besar aku tak perlukan kasih sayang ibu dalam kuantiti yang banyak. But now... ;)


Plot buku FOMD ini sangat hebat sehingga aku merasakan ianya mungkin base on true story. Setiap paragraf yang aku rasa mampu menderaukan darah, aku baca berulang kali.

Akan datang... Tuesday with Morrie,

20120416

Sekaki Payung


Encik Hujan,
Terima kasih beri saya sekaki payung "♥".
*Muntah darahh !

Aku suka main dengan pastel colour.
Dan aku pernah cuba makan dia. sedapp!

20120414

Aku datang

Kontrak kata, aku perlu ada di situ hanya untuk 2 bulan sahaja.
Hari terakhir. Berita gembira mem-kedua-besar cuti.
Perghh. Indah!

Hari terakhir itu aku mohon pada Nega Ne agar benarkan aku memandu Raksasa Si Pengankat Barang. Mula-mula aku was-was takut kalau-kalau Kumar Ne tersampuk angin amarah bila lihat aku bercanda dengan Raksasa itu. Ternyata aku salah. Kotor juga pemikiran aku. Haha

Bila aku di awangan. Jalan kedepan. Aku rasa gah!
Bila Nega Ne turunkan aku. Aku terus jerit!

" Abang Nega! Maii tak nak turun lagi! "

Aku manusia. Tak terkecuali dengan sifat lupa diri. Haha

Budak 18tahun berkawan dengan orang dewasa.
Ah, Indahh wehh!

Simpan memori dalam minda.

Mental, Awang hitam, Mak Cik Angkat dan banyak lagi nama dibangkitkan.

Ketiga pertama ini yang paling popular.

Ok. Ini keji.

Natijahnya,

Hai korang ! Lambai-lambai tangan!
Aku datang selepas sibuk mengejar wang.
Untuk bulan April.