20120303

Al Hayat wal Mawt

Matahari betul-betul atas kepala.
Peluh dikesat. Penat. Jalan kaki. Pulang dari sekolah.

" Semua yang berlaku di atas bumi ini adalah kehendak Tuhan.
Rezeki, jodoh, ajal semua sudah tetapkan oleh-Nya
"

Aku tersengih sumbing. Kalau gitu aku nak uji.
Aku mula berlari dengan laju kemudian aku berhenti secara mengejut.

Hahahaahahahahaa.. Ini pun telah ditetapkan ?
Diam sebentar.

Kedua-dua tangan di angakat dengan serentak.

Hah? Ini pun sama ? Apalah Tuhan ni, benda kecik je. Hahaaahaaa

Sepanjang perjalanan itu aku cuba pelbagai aksi dan tergelak-gelak untuk hilangkan penat
Mungkin setiap kereta yang melintasi aku akan membuat spekulasi yang aku ini gila.

***

Sampai di halaman rumah. Seorang lelaki segak bertuxedo putih sedang menunggu seseorang.
Minda nakal aku mula bertunas.

Haaa, kali ni mesti jodoh yang Tuhan tetapkan untuk aku.

" Awak Cik Maii ? " Tanya pemuda itu.

" Ya. Saya Maiizatul. Anda siapa? "

Senyuman aku mula berkembang. Dalam kepala satu persatu ayat keluar. Mata meraba ke seluruh anggota badan lelaki itu. Sungguh indah haruman ini. Seakan-akan perfume dolce and gabbana for men. Tangan aku cepat-cepat mengelap minyak minyak di muka. Lantas aku cuba membetulkan lipatan tudung 'banjir'. Tetapi...

Papppp. Rebah. Pergerakan terkunci kaku.
Aku terkejut. Cuba untuk bangun tapi tak terdaya.

Lelaki itu bersuara,

" Aku malaikat mautmu. Tuhan tetapkan hari ini hari kematianmu "

11 comments:

  1. yup...jodoh, maut semua ditentukan oleh Allah... =) kita hanya mampu bersedia menghadapi kematian dgn beramal semasa hayat dikandung badan

    ReplyDelete
  2. jodoh kita dh ditetapkan oleh Allah semasa kita 4 bulan dalam kandungan ibu kita lagi .

    ReplyDelete
  3. Allah..
    Nak nangis pun ada baca entry ni. Huhu. Nice entry anyway. (Y)

    ReplyDelete
  4. Abang telur

    Maii dan mimpinya. bila tunggu bus U63 dengan dikelilingi 101 orang makin banyak idea keluar. ini salah satu yang sempat disalin dalam kertas :D

    ReplyDelete
  5. mula2 lawak..last seram & insaf seketika!

    ReplyDelete
  6. kak ujie.

    dia memberi rasa :D

    ReplyDelete
  7. Jodoh dan maut mmg susah kita nak duga sebab ianya ketentuan

    ReplyDelete
  8. entry yang best mai..

    #mati itu pasti,tak perlu memikirkan bila kita mati..tapi fikirkan cukupkah amalan kita dimuka bumi ini..peringatan buat sy sndiri..

    ReplyDelete