20120321

Habis gelap datanglah terang

Masuk ke pekarangan sekolah dengan cool
Baju bola biru, jalan lenggan kangkung
Di temani oleh Along Naziatul.

"Baiklah sekarang masa yang di tunggu-tunggu, saya akan umumkan Pelajar Cemerlang SPM SMK (P) Kapar bagi tahun 2011"

Tuptup nama naik.
Alhamdulillah ;D

***

Terima kasih tak terhingga buat orang yang selalu disisi aku

1.Arwah mama, babah, Along Naziatul, Angah Amirul, Abby Nadiatul, Acik Maiidatul dan Amirun.

2.Kawan till jannah, Nurul Asyikin.

3.Semua cikgu-cikgu.

4.Semua kawan dari tadika hingga tingkatan 5.

5.Ibu kepada Syaidatul Ezzaty (setiap jumaat hantar pi kelas delta hehe)

6.Para blogger yang comment blog aku pada tahun lepas sebab tang comment aku buat cam gini ( 100juta orang doakan maii A+ )

Sekarang baru aku percaya cakap mereka bila dah terbukti depan mata.

MAJULAH UMAT ISLAM UNTUK DUNIA. AMIN

Note: Aku tak ada facebook. Jadi aku cakap terima kasih kat sini.

Satu jam sebelum hidup aku berubah. Deringan telefon bimbit tanpa henti itu pasti

08:49
21032012

Dalam tempoh bertenang
Hanya ada dwi-kemungkinan
Pertama berjaya dengan cemerlang
Kedua kecundang. Nauzubillah !

" Cool sangat pun tak boleh, maii "
Kata kat diri sendiri 'kofkof'

SPM tak semua orang akan lalui
Tapi MATI tiada yang terkecuali.

Aku memang suka cerita soal mati. Hehee

20120317

Halusinasi Si Schizofrenia


Taman Layang-layang Pasir Gudang, 09December2011, 05:44pm.


Kau percaya di dunya ada alien?
Aku percaya !

*senyum

20120315

Batu Tinggi-tinggi

Propaganda seribu meter aku boleh dengar
Beria-ria suruh aku susun batu tinggi-tinggi
Kalau jatuh kau suruh aku susun lagi sekali
Kau pula duduk kat tepi tunggu batu naik sendiri

Ibarat lembu suruh lembu lari laju macam kuda
Padahal dia tetap lembu yang lembu ! Puihhh!

20120311

Sakit otak

Sepenuh tenaga angkat kotak a-ja-bib
Kotak ni selalu dengar cakap otak aku
Biar aku hempas ke atas kepala macik tua selalu memekak !

Jalan cool ke pantry
Pisau di capai
Toreh tangan, tabur garam
Perghhhh! Nikmat!
Macam sedut asap telan tamau keluar

Ah, Maii ni, suka berkhayal !

Note: Kritikal dari hati. Beliau sakit otak.

20120303

Al Hayat wal Mawt

Matahari betul-betul atas kepala.
Peluh dikesat. Penat. Jalan kaki. Pulang dari sekolah.

" Semua yang berlaku di atas bumi ini adalah kehendak Tuhan.
Rezeki, jodoh, ajal semua sudah tetapkan oleh-Nya
"

Aku tersengih sumbing. Kalau gitu aku nak uji.
Aku mula berlari dengan laju kemudian aku berhenti secara mengejut.

Hahahaahahahahaa.. Ini pun telah ditetapkan ?
Diam sebentar.

Kedua-dua tangan di angakat dengan serentak.

Hah? Ini pun sama ? Apalah Tuhan ni, benda kecik je. Hahaaahaaa

Sepanjang perjalanan itu aku cuba pelbagai aksi dan tergelak-gelak untuk hilangkan penat
Mungkin setiap kereta yang melintasi aku akan membuat spekulasi yang aku ini gila.

***

Sampai di halaman rumah. Seorang lelaki segak bertuxedo putih sedang menunggu seseorang.
Minda nakal aku mula bertunas.

Haaa, kali ni mesti jodoh yang Tuhan tetapkan untuk aku.

" Awak Cik Maii ? " Tanya pemuda itu.

" Ya. Saya Maiizatul. Anda siapa? "

Senyuman aku mula berkembang. Dalam kepala satu persatu ayat keluar. Mata meraba ke seluruh anggota badan lelaki itu. Sungguh indah haruman ini. Seakan-akan perfume dolce and gabbana for men. Tangan aku cepat-cepat mengelap minyak minyak di muka. Lantas aku cuba membetulkan lipatan tudung 'banjir'. Tetapi...

Papppp. Rebah. Pergerakan terkunci kaku.
Aku terkejut. Cuba untuk bangun tapi tak terdaya.

Lelaki itu bersuara,

" Aku malaikat mautmu. Tuhan tetapkan hari ini hari kematianmu "