20120131

Terima kasih YA ALLAH !

" Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah "

Tiada yang terungkup melainkan TERIMA KASIH !
Wanita selepas ibuku, Along Naziatul.
I love you ALLAH ! ;DD

*Nama blog. No more silly. Hanya MANY. Maiizatul Akma Nor Yusre.

20120122

24

January

TV+Astro     Hampir 24jam
Komputer    Hampir 24jam
Lap-pe-top  Hampir 24jam
Makanan     Hampir 24jam
Dapur gas    Hampir 24jam
Kipas           24jam

Bila bil datang, Kami tersenyum sesama sendiri kofkof
Cukup 7 orang penghuni, cuti sem.
Semua penganggur ! :D

20120117

Capital D itu cinta

Sebelum ini aku pandang D sebelah mata je
Bila kawan-kawan aku ajak kenal dengan D aku buat tak tahu je
Bila abah aku cerita tentang D aku tarik muka bosan
Ah, ada apa dengan D ? Hebat sangatkah dia ? Kaya sangatkah dia ?

Suatu hari aku bertentang mata dengan D dalam dunia maya
Sumpahh D itu sangat ohseemm kuasa infiniti

Pada permulaannya biasa-biasa tapi akhir-akhir ini
D mampu menggegarkan hati aku
Bahkan D berjaya menerjah masuk ke dalam mimpi aku

Dua hari lepas lagi sekali D berjaya menceroboh mimpi aku
Ceritanya begini,memang sebelum tidur aku akan terbang ke dunia maya
Membaca kotak-kotak yang dipublish oleh peminat D
Sedang enak membaca, tiba-tiba aku tersentap dengan satu kotak ni
Ayat-ayat peminat D itu biasa-biasa sahaja dan mudah difahami
Tak ada 'lovelove', tak ada ayat yang pelik 'contoh: are-qu chenta diyerr'

Cumaa, ahhh ! Aku speechless. Aku harap korang faham perasaan aku ini.

DAKWAH itu cinta
Dan aku telah jatuh cinta.

Nota: Ni link kotak daripada peminat D tu. Bagi saya kotak ini sangat menggerunkan mungkin sebab dosa-dosa saya yang bergelen-gelen tu. Oh, maaf kerana 2 3 hari ni asyik gunakan kata ganti nama 'Aku' *Nak sedapkan ayat dalam kotak hewhew :3

Peace-tull !

Wallahu a’lam bish-shawabi.

20120114

Permata yang hilang

Petang. 1 Ramadhan 1432.
Mama, 14/01/1967-11/08/2010

Abah call
Abah: Siap-siap, nanti abah ambil
Aku : Ok bai

Abah call lagi
Abah: Mama tenat, siap cepat sikit
Aku : Ok ok bai

Along call
Abah: Mama dah tak ada
Aku : ...

20120113

Perjalanan

Dia sedang berada dalam keadaan runsing, pusing, gundah gulana
Ibarat berada dipersimpangan jalan selepas melalui satu perjalanan yang sangat mencabar, Di persimpangan itu perlu membuat keputusan yang bakal menentukan perjalanan yang lebih mencabar.

Cuba minta pendapat orang di sekeliling namun tetap jumpa jalan buntu
Pendapat mereka sangat hebat tetapi fikirannya tak dapat mencerna dengan baik
Cuba tanya Encik Google yang ohsem tetap jumpa jalan yang sama
Tak yakin dengan keyakinan dan kebolehan sendiri mungkin hmm

Walaupun perkara itu lama lagi akan terjadi
Namun mana mungkin Masa akan berhenti berehat sebentar di R&R Dengkil
Ayah berpesan ' apa yang engkau pilih hari ini, keluarga engkau di masa hadapan akan rasa tempiasnya '

Dia lemah berada dalam situasi itu. Dia mohon pertolongan.

Hamba Allah yang sedar dia hampir ke umur yang membolehkan dia tenguk cerita seram 18+ di movie, Maii hehe

Wallahu a’lam bish-shawabi.