20111230

Jumaat terakhir 2011


3:55AM-Friday, Jam Malaysia
Hari ini hari apa?
Ya ! Hari jumaat lebih tepat lagi adalah Jumaat terakhir bagi tahun 2011

Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid -
Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang
sembahyang Jumaat seorang demi seorang;
kemudian apabila imam duduk di atas mimbar,
Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat
yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
(Abu Hurairah r.a).

Selamat berhari jumaat dan Selamat Tahun Baru 2012
Tahun cabaran bagi umat Islam seantero dunia ;DD

Sunat membaca suruh Al-Khafi dihari jumaat
Moga-moga kita dapat nikmatnya amin

Peace Yo!

Wallahu a’lam bish-shawabi.

20111227

Disebalik perkataan loading

[ credit ]

Bukak laptop. Cucuk broadband. Tekan connect. Taip something kat tab.
Tunggu loading. Tunggu punya tunggu sampai satu tahap tak boleh menunggu.

Bengang. Bukak facebook, twitter. Taip status.

"Siput punya berukband, lembab macam haram jadah!"
"Boleh gila aku dengan berukband ni, haram jadah kuasa infinity!"

Pastu pi like status sendiri kofkof

Dengan perkataan loading sahaja boleh buat orang jadi gila
Pokoknya semua orang benci perkataan loading
Mereka kata loading satu penyeksaan, penantian penuh harapan

Apa yang aku dapat samakan dalam hidup?
Jarang orang dapat menunggu, kalau boleh semua nak depan mata
Hari ini mintak dengan DIA
Bila permintaannya tidak dikabulkan dia kecewa lalu tidak meminta lagi

Macam mana nak tunaikan permintaannya kalau dia sendiri tak sanggup menunggu.

20111222

Musim durian tiba-tiba..

20111211

Percutian luar jangkaan


Assalammualaikum :DD
Maaf kerana menghilangkan diri selepas update buat kali pertama sebagai ex-pelajar sekolah
Nahh.. seperti biasa makcik ni memang poyo keterlaluan

Sebenarnya saya sedang hangat menikmati cuti panjang ini di Pasir Gudang, Johor Bahru
Insyaallah esok akan berangkat ke Pontian dan pada hari isnin akan pergi ke sebuah tempat yang terletak paling hujung di sebelah selatan benua asia.
Tak tahu? Di sinilah function google dicipta :D

Memandangkan tempat yang bakal dikunjungi tu agak pendalaman
Dan saya terlupa nak angkut berukband dari kl so babai lahh :D
Insyaallah hari selasa akan bergiat aktif semula dalam dunia blog

Perjalanan memasuki kedalaman hati selalu merupakan perjalanan menuju rumah sendiri. Jennifer James, Ph.D.
Percutian luar jangkaan yang tak dirancang tapi berjalan dengan lancar
Lupakan soal kesibukan di kota penuh dengan carbon dioxide
Kesian kat pokok depan rumah dah kena tebang dengan tuan rumah dia hehe

Kepada bloggermate saya, balik nanti baru i pi lawat angpa na :D
Wassalamualaikum :D

20111207

Dewasakah anda? Tepuk dada tanya jiwa

Selagi kita bernafas tugas kita ialah memakmurkan dunia [credit]

Hari baru, permulaan hidup yang baru dan
yang pasti perjalanan hidup yang masih panjang.
Indah ke jadi dewasa ni?
Nahh.. saat ni saya tertunggu-tunggu apakah 'jalan' yang DIA sajikan untuk saya.
Nampak poyokan? Yeahh! Makcik ni sejak azali terserlah kepoyoyan dia :D

Habis exam semua orang duk sebuk post kat fesbuk
'saya dah dewasaa!'

2 3 minggu lagi kita tenguk eh, mesti kami akan tulis macamni
'Rindunya kat sekolah, kat cikgu, kat pakcik kebun, kat abang kantin'

Padahal sebelum last paper haritu dia buat status ni
'Lambat gila waktu berputar. Bila nak habis sekolah?'

Nampak? Nampak? Dewasakah kami?
Lumrah kehidupan, manusia suka mengeluh kankankan XD
Saya bahasakan kami kerana saya juga dalam golongan mereka :D
Golongan orang yang baru je merasa seciput nikmat dunia ngehehee
Ok ok tak semua macam tu, saya tahu

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

Apa yang kita belum selesaikan?
Tepuk dada, bahu, lutut, kepala untuk sedarkan diri saya sendiri dan mungkin anda :DD

Wallahu a’lam bish-shawabi.